SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Saturday, March 21, 2009

PEMBELIAN YANG PERTAMA

Pokok di atas berketinggian lebih kurang 45cm(dari banir ke pucuk)...
Di beli pada bulan 6,2008 di mentakab...
pokok ini di beli daripada orang cina yang datang daripada negara cina...
Tapi bukanlah pulak maksudnya koi pergi beli di negara china tu...mana ada pitis(kata oghe klate...)
Kebetulan masa koi balik kampung awah, pok sedara sound la ada jualan bonsai di mentakab...
Dia la (pok sedara koi la...) yang cakap ada orang cina jual bonsai tuh...
kalu ada orang mentakab baca sila betulkan kalu koi saloh...lokasi tempat jualnya adalah dekat trafik light kedua bandar mentakab dari temerloh(dekat stesen minyak shell...)
Penjual tuh memang tak pandai cakap melayu or "omputih"...
Mujurlah pok sedara koi nih (Uncle Berahim...) rupa-rupanya masa kecik dulu sekolah china...
hari tuh la baru koi tahu dia bleh speeking china...
Mak andak koi pun bleh speeking china jugak ari tu...(Hantu betui....)
Diorang lah yang melakukan urus niaga nih... koi nganga je...
sambil ralit tengok pokok....Meleleh air liur beb!
duit pulak time tuh tengah nipis.... Mujur bini memahami sominya...dia bagi la pinjam skit...
dapat la bli 3 pohon yang sedang2 macam gambar tuh...
Spesies tumbuhan ni koi tak kenal... batang macam ssinar, tapi daun lembut...
Telah di bentuk style macam dalam gambo, koi malas nak modified lagi, masih blum puas tengok...
Yang menyesalnya,,,, adalah sepohon pokok teh cina yang berstyle kan air terjun dengan akar berpulas-pulas cantik cina tuh nak jual rm170.00 koi tak beli pasal tak de pitis...gi mentakab minggu lepas (cuti sekolah...) orang jual tu dah tak de... dah pindah or maybe dah balik negara pun....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, March 15, 2009

BONSAI YANG PERTAMA


Lama dah tak update...

masa pertama sekali buat blog ni macam2 idea datang...

rupa2nya, tak cukup masa juga untuk buat benda ni...

Ok lah...

bersesuaian dengan tag lain koi iaitu koi & bonsai maka ada patutnya koi masukkan bonsai2 yang koi ada...

Perlu di ketahui...

koi baru setahun jagung dalam bidang ni...(memang betul setahun pun...)
Gambar jeliti sebelah ini adalah penyebab koi minat kat bonsai...
Dihadiahkan oleh sedara Isteri ku...
Sepatutnya ada 3 batang besar dari banir, namun kerana kejahilan koi mengenai bonsai, koi kerat so tinggal la satu batang je.
Asalnya pun tinggi, hampir 1 meter tp macam tadi juga koi kerat...
sebab koi melakukan tindakan kurang bijak ini kerana koi ingatkan bonsai rendah & cuma ada satu batang je...
Kalau sapa2 yang ada idea boleh la bagi cadangan atau lakaran yang sesuai dengan hala tuju poko ini...sebab koi dah blank... mungkin kerana jeliti ini dah jadi ntah apa2... sian dia

12.08.2009

Pada tarikh tersebut koi telah menyalinkan pohon jeliti di atas ke pasu lain yang lebih besar,
ini kerana koi kesian pokok tuh dah banyak kali jd mangsa xperimen...(biasala org baru kenal bonsai... blajar lak dari buku je...)
so this time koi nak biarkan dia tumbuh dengan bebas tanpa di kacau...
Pasu tuh plak... slepas dibasuh n jemur...
telah digantikan dengan pohon bunut tiger (apa la nama sebenar pohon ni ek, heran jg... nama melayu campur omputih...)
Kalu nko org prasan, ada batu kat blakang pokok nih... cadangnya nak buat rock style...
just yang frustnya, dahannya mati sebelah setelah di serang penyakit...
harap-harap nanti pendahanannya akan tumbuh dengan serata...(pada ketika blog nih di tulis, telah wujud mata tunas dahan/ranting...)
Kata orang, pokok nih lasak... namun medium tanamannya masih lagi koi gunakan tanah campuran, tanah bakar, tanah hitam dan secukup rasa pasir...

cuma satu pertanyaan koi, mohon mana-mana pelawat tolong jawabkan... perlu ke pohon ini daun-daunnya di kutil/buang sepertimana pohon jeliti?