SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Sunday, January 26, 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SK KAMPONG CHENGAL 2014

Pada 23 jan 2014 bersamaan 21 Rabiul awal 1435...

SSKC telah mengadakan sambutan program MAULIDURRASUL  buat merai dan mengingati junjungan besar Rasullullah S.A.W...
Semoga dengan sedikit aktiviti yang dilaksanakan ini mampu menimbulkan dan meningkatkan kecintaan kami warga SKKC buat Rasul tercinta...


Hiasan Dewan terbuka SKKC sempena program ini...

 
Pelajar SKKC berkumpul dan beratur d hadapan sekolah bersama dengan pakaian yang Serba indah dan sepanduk2 memuji junjungan... Ini juga merupakan salah satu kaedah PdP yang berkesan dalam menerapkan nilai murni...
Sangat Meriah dan berwarna-warni... Semoga, anak2 ini menjadi kebanggaan Rasulullah...
Perarakan di sekitar Kawasan sekolah dan perkampungan sambil berselawat memuji junjungan Rasul tercinta....
Perarakan turut di sertai dengan relahati para guru, ibubapa, AJK PIBG, jururawat klinik kesihatan serta di Bantu oleh anggota rela dan polis bagi melicinkan perjalanan program dan agar tidak menggangu lalulintas...

Selesai berarak program diteruskan di Dewan terbuka SKKC dengan nasyid, forum agama dan jamuan Makan...

Ya Allah... Kau limpahkanlah rahmat Mu buat kami warga SKKC... Amin





Saturday, January 18, 2014

BENGKEL KH SKKC

Ni la rupa bengkel KH sk kampong Chengal...
Nampak ok kan...
Tp sbenarnya tidak... banyak masalahnya, stok alatan, meja dan almari yg reput d makan bubuk (sejenis binatang, nate or haiwan yang suka makan kayu)
Bukan salah siapa kerana sebelum ni ketua panitia KH memiliki komitmen dgn jawatan lain...
So tahun ni sekolah bagi kepercayaan pada saya... insyaAllah akan d ikhtiarkan... kita tengok akhir tahun ni setara mana kemampuan saya...

MAJLIS PERPISAHAN PK KO SKKC

07 jan 2014
Tamatlah perkhidmatan puan aemas bt mahmood sebagai seorang guru dengan jawatan terakhirnya sebagai guru penolong kanan d sk kampong chengal... 

Berikut adalah majlis perpisahan/lambaian kasih tanda persaraan beliau...
Semoga Pn aemas terus sukses dalam kehidupannya sebagai pesara...
Ya Allah berkatilah hidupnya dan keluarganya


Yang diraikan mengambil tempat


Semua Wakil unit berunifom berada diatas pentas sebagai simbolik PK KO


Semua pelajar SKKC berbaris panjang mengiringi perjalanan keluar Pn. Aemas selesai punch card terakhirnya d SKKC...


Kenderaan milik sir Nik yusanif d piling sebagai kenderaan rasmi menghantar PK KO...

SELAMAT BERSARA PUAN AEMAS MAHMOOD... JASA MU TETAP DI KENANG SELAMANYA

Sunday, January 5, 2014

OH IBU

Aku syg Ibu... , :'( mate aku berair baca bnda ni ...Kalo korang syg ibu baca lah ni , tak sampai 5 minit Pun.        
Orang kata aku lahir dari perut Ibu ! (Bukan Org kata , memang betul)          Bila dahaga , yang susukan aku . Ibu.          Bila lapar , yang suapkan aku , Ibu.          Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Ibu.
Kata Ibu , perkataan pertama yang aku sebut , Ibu.
Bila bangun tidur, aku cari , Ibu.
Bila nangis , Orang pertama yang datang ,Ibu.         
Bila nak bermanja, aku dekati , Ibu .          Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Ibu .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Ibu .
Bila nakal , yang memarahi aku , Ibu .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Ibu .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Ibu .
Bila takut , yang tenangkan aku, Ibu .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Ibu . Aku selalu teringatkan , Ibu .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Ibu.          Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Ibu .
Bila bengang , aku suka luah pada , Ibu.  Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! " 
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Ibu.          Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Ibu.
Bila buat hal , yang marah aku dulu ,Ibu . Bila ada masalah , yang paling risau ,Ibu. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Ibu .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Ibu .         
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Ibu .          Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Ibu.
Yang selalu berleter kat aku , Ibu.
Yang selalu puji aku , Ibu . Yang selalu nasihat aku , Ibu .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Ibu .

Aku ada pasangan hidup sendiri . Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku . 
Bila sedih , aku cari , Ibu .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Ibu .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Ibuku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku . Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Ibu .         
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !          Selalu , Ibu ingat kat aku ! 
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !          Entah bila , aku nak telefOn Ibu !          Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk Ibu!         

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !         
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !         
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !         
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!         
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !         
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !  

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya .
KOs upah membantu ibu :         
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00         
2) TOlOng jaga adik : RM4.00         
3) TOlOng buang sampah : RM1.00          4) TOlOng kemas bilik : RM2.00         
5) TOlOng siram bunga : RM3.00         
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00          Jumlah : RM17.00         
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .          1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA         
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA         
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA         
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA         
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA          Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA         
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya....

Saya sayang IBU saya...

Friday, January 3, 2014

2014... Koi Nyer to do list

Assalamualaikum...

2014...

Hopefully this year bring more good to koi...
Also hopefully, koi juga will be better person than 2013..

Of course all that matter is I will become a good and humble person as a Hamba Allah...
2014...
This is a list to what koi want to do...

More solat sunat... 
More puasa sunat... 
Hopefully less tertinggal yang wajib...he3
Hopefully this year koi also got an opportunity to put a footstep at bumi Mekah... Harap2 duit yang Ada  koi x bazirkan... Smuga d permudahkanNya untuk Koi...

There a more and more thing that koi hope to receive and achieve... 
Smoga tercapai Semuanya....