SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Wednesday, March 28, 2012

PSS abad 21 pulak...

27 mac 2012 hingga 30 mac 2012
Koi kena hadir kursus pengurusan PSS abad 21 zon timur la pulak..
Tempatnya... BTPN Pahang.. alos la.. jauhnya...
patutnya bila dah kursus zon timur, buatlah di Ganu, so win2 la, duk di tengah2...
pe leh wat, hadir je la...
gi 3 orang... dengan roy pkg kota n sudi, pkg mache...
27 tuh kena masuk opis baru dulu, BTPN K la... mesy jawatankuasa sebut harga... dah tengahari bertolak ke kuantan, sampai tengah malam...
Info2 beh jugak, makluman terbaru mengenai PSS...
BTPN Pahang nih duk tepi pantai but we never have a time tuh ronda2 at the beach..
28 hb tu plak, x de letrik mlm aduyai... bazir masa tul.. but what can we do... itu semua dah termaktub dlm ketentuan Yang Esa, Redha je la...

Hopfully averything is a ok n i can back to my family friday afternoon, sok... wish my fren n i a save trip

adios...

Friday, March 23, 2012

kek besday uyul 2011

 
Posted by Picasa

besday bigboy 2011

 
Posted by Picasa

birhtday cake ateh 2011

 
Posted by Picasa

Birthday cake dadam n ija 2011


Salam...

inilah kek besday 2 kembar lain taun anak koi bagi tahun 2011...
n sok 12.04.12 akan berlangsung majlis besday bagi diorang... 
Belated besday sebenarnya, 
DOB dadam n pija ialah 30.03...  Pija 2008 n dadam 2010
cantikkan... kalu di klate nih itu tarikh besday Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Muhammad ke 5... 
Kek x bli lg, present dah ada... pija akan dapat bear n dadam akan dapat menan lori bawa keta... (pssst... rahsia...)
Jap lagi nak pi bli kek...
Menu esok ialah nasi ayam, air oyen n cake... 
aih, macam x masuk je...he3...jangan loya udah lah kan... 
gambor kek 2012 akan di update bila rajin nati..

ha.. 2 orang inilah tuan punya besday esok...
Posted by Picasa

coreng atap 2

Salah 1 pohon coreng atap yg ada dlm jagaan koi... Dibeli pd Mac 2010...
Dengan harga rm50.00... Dari sebuah nurseri d jln telipot, kb...
Pokok ini asalnya di tanam dlm plastik bag sahaja... Medium asal tanah liat...ajaib kan kijean org nurseri...
Koi berkenan dengan bentuk daunnya yg agak berbeza dari coreng atap pantai...

Posted by Picasa


Jan 2013
Setelah lama terabai... Hobi ini kembali berbunga... Koi sedang prunning daun....



Lihat betapa berbezanya kaler pasu tu...ksian dia lama terabai..

mirten koi

 
2012
Tamat sudah riwayat pohon ini...
Sory hj ibrahim (arwah), di beri free je tp koi gagal menjaganya...
Kekangan kerja di BTPN...

pokok cina

 
Posted by Picasa

kayu hitam koi

 
Posted by Picasa

asam jawa koi








Salam...
Di tas tuh gambor pokok asam jawa koi... 
2009, koi semai bijinya... 
Yang menariknya, biji2 nih datangnya dari buah asam jawa or kelantan panggil celagi yang dijual di pasar malam...
buahnya koi anok beranok dah makan, bijinya disemai...
kemudian setiap benih yang tumbuh koi ikat pula bersama-sama... ada yang 2 batang sepasu dan ada 3 batang sepasu...
target koi, pokok2 ini akan bercantum, akan lebih cepat besar n lebih unik...
so nanti kita lihat apa yang jadi...

bebuas koi


Posted by Picasa 
Bebuas daun ori, blum konvert ke daun taiwan,
hajat ari tuh nak biar kan ori je daun tuh...

pokok ni di bli murah je RM40,
ada dirumah koi skarang nih dah 2 tahun, so ini bukan rupa terbarunya...
Hajat hati nak wat mcm Harry Harington, post perkembangan terbaru bagi setiap pkok...
ntah la jd ke tidak, almaklumlah nak edit blog ni pun mls...
 

Thursday, March 8, 2012

kata murid melayu "ya saya tahu nabi isa sayangkan saya..."


PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.
Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.
Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.
Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.
Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?
“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”
Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.
Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.
Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.
Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.
Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.
Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.
“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.
“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”
Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!
Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?
“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.
“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”
“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”
Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.
Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”
Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.
Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.
Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.
Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.
Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.
Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.
Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.
Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?
Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.
Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.
Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.
Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.
Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:
‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.
“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.
“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”
Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?

 ARKIB : 17/08/2011