SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Tuesday, February 8, 2011

HARGA???

Salam...

Seorang kawan koi yg bertugas sebagai driver kata:

kenapa orang tak bising dan x buat demonstrasi bila harga getah naik melambung-lambung...
dulu harga main sen-sen shj...
Pas naik beransur-ansur n turun laju-laju...
Sekarang... cuba cek harga getah sekerap, berapa harganya...

apa yang dia maksudkan ialah harga komoditi ini sama diapungkan seperti harga minyak so ada turun dan ada naik... mujurlah minyak yang diapungkan kerajaan RON 97 je...

Pendapat koi: bernas jugak idea dia cuma koi nak tambah, kalu boleh la, harap kerajaan apung harga minyak 97 tuh mcm getah tp (er ada jugak buah tapi...he he) pat maksimum tuh biar la ada pengikatnya... pat turun lantakla dia nak turun he he he...

Saturday, February 5, 2011

Kemalangan

salam 1 malaysia...
17.12.2010
Koi sekeluarga telah kemalangan, sang hitam kenderaan koi (citra) yang dipandu oleh koi sendiri telah merempuh pembahagi jalan di Felda Chiku.

Alhamdulillah, koi sekeluarga selamat belaka...

Kejadian berlaku pukul 10 malam...

terima kasih yang tidak terhingga kepada warga chiku yang membantu koi pada malam itu...
terima kasih juga untuk warga pusat kesihatan chiku dan hospital gua musang yang membantu anakanda koi yang luka sedikit di kepala dan bahunya. terima kasih juga pada pihak polis dari balai polis paloh yang membantu membawa isteri dan anak2 koi ke rumah waris di Paloh...
untuk timbalan PPD Gm yg menumpangkan koi bermalam pd malm itu...
terimakasih untuk bro jea n anaknya dan ayah su (Al fatihah.. telah kembali ke rahmatullah pada bulan januari 2011)
Terima kasih sekali lagi untuk semua yang membantu walaupun koi tak menulisnya disini...

Kejadian berlaku kerana (dah kemalangan tu, mcm2 la alasannya kan, tapi baca lah dulu kemudian baru judge...) malam itu gelap ditambah hujan lebat. Pembahagi jalan pula tiada reflector yg ada lampu jalan tetapi malam itu juga warga chiku bergelap kerana blackout... so dalam gelap itu terkemalangan lah aku kerana terlewat dah untuk mengelak bila menyedari setentang dengan pembahagi jalan itu...

Bersambung...