BELAJAR MENGENAI BONSAI
Dari Mylaman.net oleh Saardy
Bonsai pernah digambarkan sebagai 'puisi sepi'... dan seperti
sebuah puisi, memori kecantikan yang tenang dan damai pada pokok-pokok bonsai
akan sentiasa kekal di dalam minda anda selamanya! Bonsai sebenarnya adalah dua
perkataan, "Bon", dan "Sai". Perkataan "Bon"
bermaksud "talam" dan "Sai" bermaksud,
"membesarkan" atau "menanam". Bila bercakap mengenai pokok
"Bonsai", sesetengah orang menyangka ia adalah sejenis spesis pokok.
Namun, seni ini sebenarnya adalah cara untuk menanam dan membentuk banyak jenis
tumbuhan dan pokok.
Tidak semua orang mampu menghayati keindahan dan keunikan tanaman bonsai namun apabila minat sudah berputik, bonsai akan dijadikan pilihan menghiasi kediaman dan menjadi hobi di masa lapang. Mempelajari kemahiran menanam dan menjaga bonsai memerlukan minat yang mendalam kerana kita harus tahu keperluan bonsai seperti udara, air dan cahaya matahari. Seni bonsai memerlukan masa lama dengan penjagaan yang rapi bagi membolehkan pohon yang benar-benar sihat dan menarik dihasilkan.

Ia bukan
kerja sambil lewa kerana penghasilannya memerlukan tahap ketekunan dan
ketelitian yang tinggi. Misalnya, pokok perlu dicantas dari masa ke semasa
supaya ia menjadi bantut serta tumbuh mengikut ketinggian yang ditetapkan. Jika
pucuk daun baru tidak dimatikan, ia menyebabkan daun tumbuh meninggi sama
seperti tanaman biasa.
Jika ada kedua-dua syarat utama, iaitu minat dan kesabaran,
bonsai akan menghadiahkan balasan keindahan alam semula jadi yang ternyata
mendamaikan. Hobi menanam bonsai bukan hak eksklusif golongan tertentu saja,
sebaliknya untuk sesiapa saja yang berminat. Kos
penanaman boleh jadi serendah RM10 dan juga boleh menjangkau sehingga ratusan
ribu ringgit, bergantung kepada kemampuan masing-masing. Bonsai amat sesuai
ditanam di negara kita yang beriklim tropika dan keunggulan tanaman itu tidak
semata-mata bergantung kepada harga, sebaliknya kemahiran membentuk pokok
merupakan faktor yang paling utama.
Bonsai adalah tanaman dalam pasu yang sengaja dikatikkan untuk menghasilkan keindahan seni gubahan daun, susunan ranting serta nilai keunikan batang dan banirnya. Sejarah bonsai bermula lebih 1,000 tahun lalu di China tetapi ia dipopularkan oleh orang-orang Jepun. Kini seni tanaman bonsai berkembang ke merata dunia dan hampir setiap negara mempunyai peminat bonsai. Peminat-peminat bonsai ini menggunakan pokok tempatan di negara masing masing untuk mengubahnya supaya kelihatan unik dan menarik.

Bonsai terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu bonsai kecil
bagi ukuran kurang 30 sm; bonsai sederhana 30 - 70 sm dan bonsai besar melebihi
70 sm.
mini bonsai
sederhana
besar
Umumnya, setiap tumbuhan yang berdaun halus boleh dijadikan bonsai.
Pokok bonsai perlu mendapat cahaya matahari yang mencukupi manakala penyiramannya pula dilakukan dua kali sehari. Baja diperlukan pula membabitkan baja daun, batang dan akar.
Pokok bonsai perlu mendapat cahaya matahari yang mencukupi manakala penyiramannya pula dilakukan dua kali sehari. Baja diperlukan pula membabitkan baja daun, batang dan akar.
Pohon
bonsai perlu dibentuk sejak ia masih kecil lagi di mana pemasangan lilitan
dawai aluminium sangat penting bagi menghasilkan bentuk dikehendaki. Hanya
selepas tempoh tertentu, dawai aluminium terbabit dibuka manakala selepas 10
tahun, bonsai akan terhasil mengikut bentuknya yang tersendiri.
Pada masa yang
sama, setiap enam bulan daunnya perlu dibuang dengan hanya meninggalkan ranting
dan batang pohon untuk membolehkan daun yang baru tumbuh. Daun yang baru ini
akan tumbuh dalam bentuk yang lebih kecil dan menarik sekali gus menjadikan
nilainya kian bertambah.
Dan seperti kebanyakan bentuk seni yang lain, anda
tidak akan betul-betul tahu untuk membuat seni bonsai tanpa bercakap lenggok
bahasanya.Ya, ada satu bahasa yang kaya lagi indah melingkari keghairahan
kesenian ini. Bahawasanya, bagaimana untuk membuat seni bonsai ini bergantung
kepada mengetahui pelbagai bentuk dan gaya
untuk mengubah pokok katik anda yang amat berharga. Semua bentuk-bentuk ini
memcerminkan keindahan alam semula jadi. Usaha meniru bentuk-bentuk ini
menunjukkan tajamnya daya cipta dan estetik seseorang ahli seni bonsai.
Sekian, cerita bonsai yang boleh dikongsikan...
Koi hanya berkongsi cerita... Kredit adalah untuk penulis asal (rasanyalah...) Foto-foto yang di pamerkan juga adalah hak pemilik asalnya.... selamat meminati bonsai... adios...
No comments:
Post a Comment