SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Showing posts with label serius la wei. Show all posts
Showing posts with label serius la wei. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

Kisah Bilal bin Rabah

Selepas wafat nya Rasulullah ,Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah .Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Jangan lupa 12 Rabiulawal.

Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat,agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat.

😭😭😭😭😭

Monday, November 28, 2016

KEMBARA HARAMAIN KU. PART 2... MADINAH, HARI 1

12.12.2015
Slesai airport,
Naik bas ke hotel penginapan...
D madinah, hotel yg di sediakan ialah hotel Dar Al Naem... (mudah nak ingat, nak sama dah dengan kelantan Darul Naim)
Jarak lebih kurang 150m dari pintu 25 masjid Nabawi...
Suasana mmg sejuk...
Pukul 4.30 pg (waktu malaysia, blum set jam time arab) dah bangun x berapa nyenyak tidur kerana tak sabar untuk ke masjid Nabawi yg agung tu... perjalanan subuh ke masjid Nabawi utk pertama kalinya amat menyeronokkan, sayu n sedih, bermacam rasa... impian yg terpendam slama ini, akhirnya tercapai... betapa Ar-rahman dan Ar-rahimnya Mu Ya Allah...
 Syukur dengan nikmat Mu Ya Allah, sebak tak terkata, seronok tak terhingga
 Bonda n wife tersayang, posing di subuh hari
 Inilah dalaman Masjid Nabawi yang teragung itu, 
Ralit mengagumi arkitektual islam

Sepanjang perjalanan ke masjid Nabawi macam melalui pasar malam, pnuh dengan penjaja dan peniaga yg menjual bermacam barang... aku melakukan pembelian kedua di bumi Madinah (yg pertama, starter pack sim phone), kain serban utk membalut tubuh mengurangkan ksejukan... Cayang dan mak blum membeli apa2 lg...
Kaku sekejap bila dapat masuk ke perkarangan masjid Nabawi... terharu.
Kaku lagi bila berada di dalam masjid... terharu, kagum dan bahagia....bercampur baur...
Balik solat subuh, perghhhh, meriah, bermacam barang menunggu untuk d beli...
Sarapan d hotel, makanan malaysia rupanya ingatkan dapat makanan arab... he3...
Pukul 10 (waktu arab), seorang pelajar pattani (utz mat) yg belajar d universiti Madinah jd mutawif/tourist guide jemaah lelaki.. aku berpisah dgn cayang n mak yg ikut rombongan wanita (tourist guide dia wanita indo)...
Kami d bawa mengelilingi masjid Nabawi, melihat cerita yg berkisar d sekitar masjid...
melihat bangunan Saqifat Bani Saedah (tempat baiah/perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama).
Melihat surau Saidina Umar, surau Saidina Ali (namanya surau tepi sebenarnya bangunan2 ini di bina oleh pelbagai kerajaan sebagai tanda penghargaan).
Menurut utz Mat, monumen ini kini d tutup kerana puak Syiah akan melakukan kerosakan terhadap surau Umar (benci nya mereka) manakala surau Ali dah jd mcm satu kewajiban wajib hadir bila ke Madinah...
Kami juga melihat perkuburan Baqi'... tempat dimana ahli keluarga, sahabat Rasullullah di makam kan... menurut utz mat, kebanyakkan tanda/nisan telah d tiada kan kerana puak syiah mengambil kesempatan utk mlepaskan kemarahan mereka kepada sahabat yg mereka tidak suka...
Seterusnya, kami memasuki Masjid Nabawi untuk ke Raudhah...
Percubaan ku untuk memasuki Raudhah (kawasan berkarpet hijau), gagal... terlalu ramai dan bertolak menolak... utz mat mencadangkan aku utk datang pada dinihari, pukul 3, katanya lebih lengang dan aman...
Sepanjang waktu solat, aku, cayang n mak akan berada d masjid... waktu free pulak kami meronda sekitar masjid.
Pengalaman melihat anak2 warga madinah d masjid amat mengesankan... sama sahaja dengan perangai anak2 kita d Malaysia. Nama dah kanak2, maknanya mereka akan bersolat, bermain dan berlari dalam masjid bila tidak mengaji Quran namun tiada la pulak org biasa, AJK atau polis yg akan memarahi.
Dinihari tu, pukul 3... aku bergerak dalam kedinginan malam ke masjid... sejuk. Bersemangat dalam kedinginan, d hati, berdoa tidak henti2 mengharap dapat berada d Raudhah.
Alhamdulillah, d permudahkan, orang ramai tetapi dapat berada d Raudhah utk bersolat sunat... hajat hati nak berlama-lama, almaklum la bukan senang nak datang n masuk sini. Siang td dah gagal. Tengok pulak ada bangsa lain yg siap membaca Quran d sini namun bila berpaling kebalakang ku lihat ramai manusia yg mencari peluang untuk berada d Raudhah. Aku berasa simpati la pulak sbb aku dah rasa. Maka selepas beberapa solat sunat, aku memberikan isyarat kepada seseorang yg tidak pun ku kenali. Bergegas dia masuk seraya memelukku, terharu nya dia, kaget juga aku mulanya... bangga pulak aku dengan diri sendiri... ha3...

Saturday, September 17, 2016

KEMBARA HARAMAIN KU. PART 1... KB KE KL

11.12.2015
Perjalanan yg di rancang sejak awal usia perkahwinan, bermula...
Aku merancang, pada usia 40 tahun dapat menjejakkan kaki ke tanah haram untuk umrah.
Pada umur 45, aku menunaikan haji... itu perancangan.
KetentuanNya, 
pada umur 41, aku dan isteri dapat mengerjakan umrah. Alhamdulillah, syukur

11.12.2015...
Perjalanan bermula...
Pukul 7pg, aku, isteri tersayang dan bonda tercinta sudah "tercokoh" di lapangan terbang sultan ismail petra, kubang kerian, kelantan. Menunggu penerbangan 9.15 dgn MAS (MH 1385) untuk ke KLIA...
Wakil syarikat TRAVEL YASKIN telah sedia menunggu jemaah umrah dgn dokumen2 yg d perlukan.
Perasaan...
Uih, Seronok la menggapai impian.
Berdebar...
Ofkos, kerana terpaksa meninggalkan anak2... bagaimanakah mereka nanti 12 hari tanpa ibubapa mereka.
Gusar...
Bagaimanakah ipar ku (abg Jae & kak Cah) dan mertuaku, Ma, menangani sosok perangai cahaya mataku.

Untuk pertama kalinya, kitorang sarapan KFC (kat airport la nih),hahaha...
Tepat pada masanya, rasanya hati lelakiku yg menjadi lembik seperti agar2... sebak meninggalkan kelima lima baby ku terutamanya si Dadam...
Ya Allah... aku mencari redha Mu, permudahkan lah urusan kami ke Tanah Haram dan keluarga ku d Tanah Air...
Flight berlepas pukul 9.15 ke KLIA... bermacam rasa bermain d minda, seronok jg x terkata kerana impian semakin hampir d gapai...
(tak ingat la pulak, ni flight MAS or Flynas...)

10.30 d KLIA, rupanya ramai lg jemaah umrah menunggu, meriah, berasa seperti musim haji la pulak...
Rombongan bergerak bebas dan di minta utk berkumpul pada jam 1 d aras 5 KLIA. Wakil Yaskin d sini yg menunggu kami (jemaah umrah melalui Yaskin) ialah hj Wan Isham... muda tp amat bersopan orangnya...
Keluarga abg Dee juga datang ke KLIA.

Rupanya ramai jemaah umrah d KLIA. Ternampak juga kelibat pendakwah popular yg menguruskan kumpulan yg di wakili mereka.
Pukul 3 kami para jemaah bergerak masuk ke balai berlepas. Penerbangan kami pukul 4.30 menggunakan pesawat sewakhas untuk umrah (pelbagai agensi travel) iaitu Flynas (kod penerbangan XY).
Pukul 9lebih waktu madinah kami sampai d airport madinah. Ketika ini hanya penerbangan kami shj yg ada, urusan imegresen berjalan lancar dan mudah. Rasa bangga juga pertama kali mendengar pegawai berbangsa arab mengucapkan selamat datang dalam bahasa melayu.
Urusan menunggu bagasi yg sedikit lama. Pukul 10 lebih kami (para jemaah Yaskin) bergerak menaiki bas sewa. Aku mengambil kesempatan untuk membeli 2 starter pack MOBILLY bernilai 50riyal daripada penjual yg menjualnya dalam bas kami... Berasa macam terer la bli dalam bas, rupanya kat sekitar masjid Nabawi lagi murah staterpack tu... hahahhah... pengalaman


Friday, August 1, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. ..
Semoga umat islam yg tertindas d serata dunia akan terbela nasibnya sempena hari kemenangan...

Saturday, January 18, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PK KO SKKC

07 jan 2014
Tamatlah perkhidmatan puan aemas bt mahmood sebagai seorang guru dengan jawatan terakhirnya sebagai guru penolong kanan d sk kampong chengal... 

Berikut adalah majlis perpisahan/lambaian kasih tanda persaraan beliau...
Semoga Pn aemas terus sukses dalam kehidupannya sebagai pesara...
Ya Allah berkatilah hidupnya dan keluarganya


Yang diraikan mengambil tempat


Semua Wakil unit berunifom berada diatas pentas sebagai simbolik PK KO


Semua pelajar SKKC berbaris panjang mengiringi perjalanan keluar Pn. Aemas selesai punch card terakhirnya d SKKC...


Kenderaan milik sir Nik yusanif d piling sebagai kenderaan rasmi menghantar PK KO...

SELAMAT BERSARA PUAN AEMAS MAHMOOD... JASA MU TETAP DI KENANG SELAMANYA

Sunday, November 3, 2013

Pelarasan gaji kakitangan awam 2013/2014

Pelarasan gaji 2014 - Penjawat awam dapat dua kenaikan gaji

Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

“Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
- Bernama

81 skim perkhidmatan itu melibatkan;

Pembantu Kawalan Trafik Udara

Pemandu Lokomotif Sabah

Pereka

Pegawai Kebudayaan

Ahli Fotografi

Jurusolek

Pegawai Galian

Pegawai Kimia Bumi

Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)

Penolong Pegawai Galian

Penolong Pegawai Kimia Bumi

Pembantu Galian

Pembantu Kaji Bumi

Pegawai Makmal Filem

Penolong Pegawai Makmal Filem

Pembantu Makmal Filem

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

Pensyarah Perubatan

Pensyarah Pergigian

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/

Penolong Pegawai Latihan Vokasional/

Pegawai Latihan Vokasional

Pengajar Kraf

Pembantu Pertanian

Pembantu Veterinar

Renjer Hutan

Pengajar Membalak

Pengawas Hutan

Pembantu Hidupan Liar

Pembantu Hidupan Liar Rendah

Tukang K1

Tukang K2

Tukang K3

Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah

Operator Loji

Pekerja Awam Khas

Pekerja Awam

Penyelamat

Pelukis Pelan

Juruteknik Landskap

Juruteknik

Juruteknik Ukur

Juruteknik Perancang Bandar dan Desa

Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera

Penguasa Bekalan Air

MerinyuTali Air

Pegawai Perhubungan Preman

Penyelia Jeti

Penghantar Notis

Pembantu Kamera/Pemandu

Pemandu Kenderaan

Pembantu Am Pejabat

Pengurus Stesen

Penyelia Jurupakaian

Peniup Kaca

Pegawai Khidmat Pelanggan

Pengawas Pemulihan

Pegawai Penerbitan

Penolong Pegawai Penerbitan

Pembantu Penerbitan

Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat

Penolong Operator Kamera

Penolong Pegawai Penyelidik Sosial

Pembantu Penyelidik Sosial

Pengurus Asrama

Penolong Pengurus Asrama

Penyelia Asrama

Penolong Pegawai Tadbir Tanah

Pembantu Tadbir Tanah

Pegawai Pemeriksa Paten

Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)

Pembantu Pemuliharaan

Jurulatih Kawad

Pembantu Wartawan/Wartawan

Atendan Kesihatan

Penolong Pegawai Penaksir

Pegawai Aktuari

Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Buat jawatan lain yg tidak tersenarai dalam 81 skim tu harap sabar2 la ye... jgn ikutkan panas hati sangat... mungkin ada lg rezeki di lain kali... urusan ciptaan manusia ni sukar untuk memuaskan hati semua orang... dari melaung tidak tentu pasal kat luar masuklah persatuan berkaitan... sedangkan CUEPACS pun ambil masa yang panjang untuk perjuangkan satu2 isu
Wassalam...

Sunday, October 20, 2013

Kalimah ALLAH... sedikit hujah yg mampu koi kumpul

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH..

P/s: HARAP DAPAT BACA APA YANG SAYA UTARAKAN DI BAWAH INI TANPA MENGKAITKAN DENGAN ISU POLITIK(PARTI). BACA DENGAN HATI YANG TERBUKA DEMI KEPENTINGAN AGAMA.

Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.

Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan danmengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.

Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!

Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.

Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.

Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله

Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?

Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.

Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.

Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu: الله

Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.

Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.

Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.

Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.

Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.

2. Jadi apa nama tuhan yang diguanakan oleh arab kristian?

Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut 'ALLAH'. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:

بِاسْمِ الآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ

Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!

Dan orang arab kristian tidak menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau أَلْمَسِيح atau Yasu - iaitu terjemahan perkataan atau Yeshuadalam bahasa Hebrew.

Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian 'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna! Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!

3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan 'tuhan', bukan 'allah'.

Kita orang Melayu tidak terjemah perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit' dengan 'Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'.

Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul!

Atau mereka boleh terjemah menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim(semuanya bermakna 'god' dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang). Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus'.

Kenapa mereka berdegil mahu terjemah perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?

Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.
(sila rujuk www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).

4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?

Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!

Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata

Saya sampai menggelengkan kepala bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?

Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.

Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!

Bukan...bukan...bukan!!!

5. Lencana Polis, Askar macam mana?

Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah 'ALLAH' macam mana?

Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!

Samada yang memakai lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!

6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!

Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!

Mereka akan mencemek bibir sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

'Dan sesungguhnya jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan memtauhi perintahNya?'.
Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga Al-Ankabut: 29:63-66)

Maka bertempiklah para peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!

Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat ALLAH.

Kalau non-Muslim hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan syara'.

7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?

Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!

Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak & Allah Ruh Kudus.

Mereka telah, samada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!

Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;
Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;
Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;
Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapaengkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor
Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam'. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.' Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih".

Surah Al-Maidah:72-73

Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal aqidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!

Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

8. Kalimah ALLAH bukan hakmilik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah ALLAH bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan milik Nabi Muhammad saw. Kalimah ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan milik PAS. Kalimah ALLAH bukan milik Mahkamah!

Betul...betul...betul!!!

Jadi siapa pemilik kalimah ALLAH?

Jawapannya mudah.

Pemilik kalimah ALLAH ialah ALLAH sendiri!

Dialah Pemilik mutlak kalimah itu. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia - ALLAH swt!!!

Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam Al-Quran:

Katakanlah bahawa (kalimah) ALLAH itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);

(Dan sifatnya ialah) kepada ALLAH tempat segala sesuatu bergantung;

Dia ALLAH tidak beranak, atau diperanakkan;

Dan tidak ada sesuatu apapun yang setara atau sekufu dengan ALLAH!

Al-Ikhlas: 112:1-4

Jadi Pemilik Mutlak kalimah ALLAH telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu!

Sebaliknya bila kristian mahu mengguna kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

Katakanlah bahawa ALLAH itu Tiga-Dalam-Satu;

Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);

Bahawa ALLAH ada anak bernama Jesus;

Bahawa Ruh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan ALLAH;

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan kalimah ALLAH adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah ALLAH itu sendiri nyatakan!

Rumusan: jadi apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan jelas didalam Al-Quran ALLAH menyebut:

Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171).

Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.

Tak boleh. Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah!

Kita ahli sunnah wal jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci bukak pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Sampai bangga dipanggil Mat Gereja!!!

Tugas dan tanggunjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini. Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian. Malah ini merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw - DAKWAH!

Beritahu mereka dengan jelas; kalimah ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud ALLAH Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw,ballighuu 'anni walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat!

Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelhiara keimanan dan aqidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya ALLAH!

Thursday, October 10, 2013

Surat tbuka untuk masjid

Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - Pandangan koi

Salam...
5 mei 2013... kita mengundi...
mlmnya, masing2 tercokoh depan TV... menanti penuh harapan...
Keputusan yang beransur keluar menyesakkan dada dan nafas...
DAP semakin bermaharajalela... pada akhirnya 38 kerusi parlimen dikaut, satu laba yang amat besar berbanding PRU 12...

BN menang majoriti tapi hanya 133 kerusi berbanding 140 kerusi pada 2008. Dalam TV boleh terkesan raut wajah kelat, runsing n terpana Muhyidin Yasin... PM menggelarkan election tahun ini sebagai chinese tsunami...

Sedih koi... tak reti n tak tau nak kata apa... rakan kongsi yang amat disanjung dan dipuja oleh PAS walaupun berkali-kali ditikam dibelakang, semakin mengorak langkah, PAS termanggu2 dibelakang dengan syok sendiri.. Ketika kaum PAS sanggup solat dengan berlatar belakangkan bendera DAP, ketika kaum PAS sanggup berarak dengan panji PAS dan DAP, kaum DAP tak buat pun macam tu... malahan fatwa dari DAP johor, haram kaum DAP memangkah PAS... sayugia...

Ketika PKR dan PAS mengeluarkan pelbagai fitnah terhadap SPR bagi menjustifikasikan sebab kekalahan mereka, DAP sedang beraya sakan... ketika Karim Raslan di Awani menggelarkannya sebagai kebangkitan golongan yang mahukan fakta dan ketetapan dalam bekerja, bagi koi... ini adalah tanda kaum cina mahu tunjukkan kuasa mereka...

PM, mohon koi, inilah ketikanya untuk bekerja dengan merit... MCA tidak lagi mampu membantu kita, maka kurangkan kerusi bagi menteri dan timbalan menteri untuk mereka... serahkan kerusi ini kepada mereka yang lebih layak (ada ilmu yang sesuai) dan banyak membantu contohnya warga BN di sarawak n sabah... tunjukkan MCA cara untuk berpolitik dan kurangkan polemik dalaman mereka dan permintaan mereka yang 1001 macam untuk BN penuhi...

Monday, March 25, 2013

OUTREACH ICT BTPN KELANTAN

SALAM...
Sebenarnya program anjuran unit ICT,  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan ini telah berlansung pada tahun 2012...
kebetulan koi terjumpa kembali gambar-gambar yang ada dalam s3 koi, so koi masukkanlah dalam ini apa yang telah terakam kan...

Program outreach yang pertama koi terlibat adalah di SK Pasir linggi, kuala krai... sebenarnya telah berlansung beberapa program outreach d negeri kelantan sepanjang 2012, namun koi tak dapat terlibat kerana kekangan kerja unit sendiri... 

kerana kekangan masa jg, koi telah bergerak sendiri ke SK pasir linggi... inilah rupa laluan ke sekolah ini... terletak di simpang 4 ke dabong, sekolah ini di rah bertentangan dan sejauh hampir 20 minit ke setengah jam drive dari jalan besar.

 ini adalah asrama pelajar

 inilah sebahagian dari pelajar yang terlibat,


 rakan koi... saudara arif sedang beramah mesra dengan pelajar...

 paham ko dok demo tuh riff... tak po translater ado sebelah tu...

aktiviti masa lapang.... en yuki

Wednesday, January 23, 2013

LAWATAN KE PKG BAU

Pada Dis 2012 baru ini...
Lawatan bersama 7 orang rakan sejawat  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan ke BTPN Sarawak bagi mendalami dan berkongsi keupayaan dan kejayaan BTPN Sarawak melaksanakan 5S...

antara suka dan sedih...sebabnya pada ketika ini rumah koi sedang dilanda banjir, anak2 pun demam.
Kawasan rumah Ustaz Hadi juga sedang banjir... namun kami ikuti lawatan ini...
Ini juga first time pertama kali koi ke sarawak, sebab tu tadi kata antara suka dan sedih...
Antara destinasi lawatan... tentu dahla  BTPN Sarawak...
dan ke Pusat Kegiatan Guru Bau...

Ini lah pkg bau


Rupa wajah PKG Bau, sebuah PKG berbangunan tetap....

Mercu tandanya.... selaras dengan PKG tempat koi... pudar pun sama juga...he3...

Ground floor PKG Bau... Ini juga merupakan pusat sumber PKG... Kelihatan Ust Hadi dan Zie sedang berbual dengan En Zakaria (Pegawai Teknologi PKG Bau)... nampak tak? ada wakaf dalam PKG ni... Menurut Puan Jelia (Ketua PKG) buluh tu di ambil masa bulan terang...(rasanya la...kalu salah mohon info kembali ye...) tujuannya agar buluh tidak mudah reput dan rosak

Ini kawasan loby PKG Bau... Kelihatan ketua PKG, Pn Jelia sedang menerangkan sesuatu kepada Zailani, ketua Rombongan BTPN Kel... Dalam posisi mengancam tu ialah faisal yang sedang mendaftar namanya di buku lawatan... Kelihatan juga roswadi dan din yang sedang melihat-lihat fail-fail yang ada...macam memantau la pula ye...

Ini adalah aras 1 PKG, menarik bagi koi... sebab dua bilik yang boleh digunakan serentak atau berasingan... satu idea yang menarik...

Kebetulan dah dekat... kami ambil peluang melawat ke Pejabat Pelajaran Daerah Bau... Kelihatan sesi bertukar tanda kenangan antara zailani dan En Yunus, pegawai pelajaran daerah......

dibawah ini pula, maskot ke...he3 sory zie n sally... diorang ni ambil peluang kenangan bergambar lagi... pantang ada peluang...

Friday, December 14, 2012

the innocent prophet sambungan the innocent muslim.... CELAKA, MUSLIM BERSATU LA...



Assalamualaikum…
Hari ini (sebenarnya paper Utusan malaysia, Khamis 13.12.12)... koi terkejut dan dikejutkan lagi dengan 1 lagi usaha kafir laknat (bukan semua…) yang mendengki dengan Islam…
Satu lagi filem menghina junjungan kita Rasulullah… dikeluarkan… 
(Ya Allah, kenapa begitu sekali bencinya kaum ini pada junjungan kami, dari hidupnya sampai la ke wafatnya, Baginda tidak henti disakiti….)

Kali ini filem the innocent prophet; life of Muhammad from the point of view of an ex-muslim… yang ini lebih lama duration nya berbanding the innocent muslim yang hanya 15min...) oleh bekas orang islam sendiri imran firasat (laknatullah)...

“Was he a genuine prophet sent by God or simply a child molester, assassin and self-proclaimed prophet?” 
yang ni  kata2 si imran murtad ni, sebenarnya dia meradang sbb tak boleh buat apa yang islam larang…


 dan didukungi oleh paderi yang pernah membakar Al-Quran, tery jones (laknatullah)…
“It is our hope and desire that we can present a picture of Muhammad that has possibly not been revealed in the past, that will help people in the Western world, and even Muslims, to better understand this person called Muhammad.” 


Kononnya, Makhluk jahanam ni yang tak paham mengenai islam tp nak bagi kesedaran pada orang lain, inilah standard kafir laknatullah ini.. apa hak dia?… dalam kristian n yahudi pun banyak ajaran sesat dan kultus, ada yang sampai tahap bunuh pengikut kenapa tidak dikatakan keseluruhan agama dia teruk, merapu n jahat…

and how about Yahudi terang terangan membunuh atas nama agama… kenapa tak kutuk, tak buat filem , tak dedahkan semua keburukan yahudi… takut ke… celaka punya manusia…

hanya kerana nabi kahwin dengan saiyadatina aisyah ke?… Para pendakyah ni tak kaji pula umur brapa baru betul2 nabi mengauli isterinya ini, si kafir ni tak mahu pula kaji bahawa nenek moyang dia dulu kahwin slepas baligh, usia muda juga…

dan para manusia double standard and prajudis ini tak nak buat kajian pulak kenapa isteri nabi yang lain semuanya wanita berusia dan janda… 
kalau ada pun yang buruk jugak yang nampak...
Kesian Rasullullah yang sentiasa disakiti... (pas ada plok orang islam sendiri yang jg x abis2 ajak berpecah belah, kafir mengkafir... oiii koi pun nok masuk syurga jgk la...)

Koi mencadangkan kerajaan Malaysia perlu bertegas apabila ada usaha Negara atau individu di Negara tersebut  untuk menghina agama kita… peringkat awal mungkin dengan menghantar surat bantahan, sama ada didengari atau tidak itu isu lain… kemudian jika masih lagi mereka tidak mahu memahami kehendak kita mungkin kita akan guna dengan cara ekonomi pula… malahan apa-apa sahaja bentuk penegasan,

Sekarang ini sepanyol member perlindungan pada si murtad imran ini, dan memberi peluang kepada si laknat ini untuk menayangkan filem ini... so apa tindakan korang... (dan yang pastinya apa sahaja cadangan untuk melindungi Islam dan menunjukkan protest kita akan ada suara sumbang yg mengejeknya..bukan dari kapal api sing or solek... tp dari kita orang ISLAM sendiri....)
My 2cent (to je yg ada)... JANGAN GANGGU AGAMA DAN RASUL KAMI..

adios...

Sunday, October 7, 2012

KHIDMAT BANTU PSS SK PULAU BELURU

ASSALAMUALAIKUM

lama koi x mencoret sesuatu...
hari ni nak citer berkaitan my first baby job at BTPNKel... Ini adalah program rasmi BTPN dan BTP... koi adalah pegawai meja... so my first baby la kan... bab job la...

khidmat bantu ini adalah satu program ala-ala gotong royong d PSS/ pusat sumber sekolah... peserta gotong royong ini adalah para guru pustaka dan media (GPM) sekolah sekitar)... bagi penerima program (sekolah), PSS mereka akan berubah wajah...(biasanya makin comel la) bagi peserta ini adalah sumbangan mereka pada komuniti dan yang pentingnya adalah proses pembelajaran mereka untuk menguruskan PSS sekolah mereka sendiri...

08.07.2012
Mesyuarat JK kerja di pengerusikan oleh tn hj zahari timbalan pengarah JPN kelantan...
setelah pemilihan PKG pasir pekan sebagai tuan rumah... sek keb pulau beluru terpilih atas kriteria yang telah ditetapkan...

19 jun 2012
bersama peg UPSP melawat sek (nama dah pulaukan, tak kan anaik ketapi)... utk perbincangan lanjut... prihal pencalonan, aktiviti dan lain2 perkara bersangkutan...


16.07.2012

sebahagian peserta dan urusetia menunggu bot di jeti kok majid

ini lah dia sek pulau beluru... nama je pulau sek moden woo... apa ingat malaysia nih darat sangat ke...

ni la jeti sekolah
sebahagian urusetia... first time balke nih jejok pulau beluru
taklimat n ceramah dulu di bilik gerakan, SK pulau beluru...
start wat kije dah nih

Saturday, May 12, 2012

semua yang kerajaan buat salah... sakit empedal koi

salam...

Its a long time that i rest from writing something...
n tonight, i got something (actually not from tonite la but)...
i got an idea n heart sick (sakit hati la) n so on my empedal, sick too..
for opposition, seem like everything that come from government is wrong...
I know that everything come from human thought n idea must have weaknesses...
but plis la..
When PM declare n open story bout FGVH, opposition is again it, they say the settlers will loss their land n everything...
when settlers get RM15000.00, they say the settlers should get rm50000.00...
can we all see the road...
aiyaaaa.. tired la like this

Friday, April 6, 2012

suruhanjaya penambah baikan pilihan raya n koi

Salam...

nampaknya ari nih koi kembali membebel pasal politik... biasalah, politikkan makanan harian santapan jiwa orang kita sebulan duabulan ni kan...

Alkisahnya, koi baru selesai wat e-filling... n kena bayar RM197.00... Sebagai good citizen n dgn berat atinya koi terimalah n akan bayor dalam sari dua lagi... 

sayang sgt kat duit tuh, almaklumlah, banyak benda yang nak di beli n dihajati... 
baju kemeje hardies amies kaler meroh tuh masih meruntun hati... 
seat sscus utk toyota se pun masih jadi impian...
adui dgn duit, x pernah nya cukup kan...

Main story koi... al kisahnya, berkaitan dengan pilihanraya, atas desakan pelbagai pihak terutamanya pembangkang n bersih... 
sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) telah ditubuhkan bagi membincangkan tuntutan bagi memperbaiki mutu pilihanraya di negara ini...
Jawatankuasa tersebut, turut diwakili oleh pemimpin pembangkang n bersih yang dipilih sendiri oleh mereka.

PSC yang bersidang selama 6 bulan itu telah membincangkan tentang hal-hal tuntutan Bersih 2.0 yang berlangsung pada Julai tahun lalu...
8 tuntutan penaung LGBT, Ambiga Sreevenasan juga dibincangkan (terima 7 perkara).

Janji PSC...
Akan melaksanakan segala tuntutan yang wajar dan boleh dilaksanakan dan perbincangan itu dilakukan secara adil dan persetujuan bersama di antara Ahli Parlimen wakil kerajaan, pembangkang dan bebas.

Kini, PSC sudah selesai bersidang...
Bermesyuarat dan memutuskan sebanyak 22 perkara yang dipersetujui untuk dilaksanakan pada PRU13 yg akan berlansung bila2 masa je.

tetiba... yang jadi bangangnya... sapa yg desak tubuh benda nih (PSC)... n bila dah tubuh dah sertai... alih2 nak boikot...  x puas hati sokmo... pe nih...

X kan PSC nih bersidang free2 je kot... ada ka benda free dlm dunia nih?

maknanya, pd fikiran dangkal koi, mesti melibatkan duit, nkorang pembangkang nih sedap2 je ngabih kan duit... pada hal mungkin duit tuh boleh kerajaan wat benda lain... ataupun bg pada koi diret... 

Pembangkang skarang nih bg koi telah berjaya menyemai rasa ketidakpercayaan orang malaysia terhadap semua benda... Kita skarang selalu ragu n curiga pada orang lain... kita terlalu percaya pada teori konspirasi... 


dan tak lama lgi bersih 3 pula akan berlangsung... percayalah bersih ini akan lebih banyak dari akademi fantasia (yg ada 9 je...) 


nkorang pikir la sendiri....