SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Showing posts with label SKKC. Show all posts
Showing posts with label SKKC. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Bola sepak 9s

23&24.03.2015
Kejohanan bola sepak 9s QIT Melor d jalankan...
Alhamdulilah,  ank buah ambo (1st time coaching)  dpt tpt ke 3... satu pencapaian yg amat membanggakan kerana SKKC kekurangan infrastruktur utk bersukan. Kitorg (ewahh) cuma ada padang dgn kluasan taraf bola baling shj...

tangan kiri d belakang kpala, tangan kanan tarik siku...1, 2, 3, 4.... Streching.. 
warming up, sesi latihan yg d jlnkan 2 mgu sebelum cuti sek... Itu bgilir hari kerana kekangan masa & kjohanan sukan yg lain...
made in chengal... bakal "koc" TRW... 

Thursday, January 22, 2015

Maulidur Rasul 2015

21.01.2015
Bersamaan 30 rabiulawal 1436
Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal telah mengadakan sambutan MAULIDURRASUL peringkat sekolah. Tema pada tahun ini ialah "perpaduan nadi transformasi negara"...

Pelajar berkumpul di hadapan sekolah bersama banting MAULIDURRASUL yang di sediakan oleh pihak sekolah...

Sebahagian daripada pelajar SKKC dengan pakaian yang sesuai dengan sambutan MAULIDURRASUL 

Sebahagian guru2 SKKC juga Segak bergaya... Kelihatan hj arif yg sedang kerunsingan kerana orang rumahnya tak tahu pun dia pakai Baju melayu... Cigu rosli macam biasa, pantang nampak kamera... Ustaz arzuki pula sedang control macho...

Perarakan sambil berselawat memuji keagungan Rasullullah tercinta, di ketuai oleh Ustaz arzuki, cgu ramli n pk hem...

Pelajar bersama PK KO n cgu hisham...

Panjang perarakan,
Ai, selawat ke berbincang tu...
GB, diiringi oleh PKP n the gang...
Bersambung dengan selawat n lain2 program seperti ceramah maulud dan jamuan d Dewan SKKC...

Ya Allah yang mana agung, limpahkanlah Rahmat Mu kepada Junjungan kami...




Sunday, November 23, 2014

Annual dinner SKKC

19 nov
Majlis makan mlm sempena akhir tahun persekolaha..
Turut berfungsi sebagai meraikan perpindahan warga SKKC ke tempat lain sepanjang 2014 seperti pn manira ke JPN, Cgu zalila naik pangkat PKKO SKRA & Cgu Elina jg naik pangkat PKKO d SK Kota....

serta persaraan Cgu Hjh Azizan dan yg bakal bersara pada 2 jan 2015 Tn guru besar Mohd Yasim Yaacob

Kumpulan penari TATIH dari SK Hamzah 1 d bawa oleh tn guru besar utk mengiringinya masuk ke dewan... pas tu menari utk menghiburkan hadirin yg klaparan... komen ikhlas sy... comey bila tgok warisan budaya melayu d tarikan... masih ada lg pengekalan budaya tp kalu boleh improvise skit dgn penari perempuan tu bertudung, rasanya lebih baik... well tak namanya melayu kalu x de komenkan... up to pengurus, koreografer n warga sk hamzah la kan
Tu kelihatan KD (bukan kris dayanti... perasan dia je) sedang saba menunggu giliran utk makan sambil mata ralit tgok apa benda ntah.. bercerut dah prut katanya... meja blakang, La n Tie kontrol ayu tu (sep pantang nampak kamera)... K.ros pun sama tsipu malu...Eh Jas ada...
Byk doh ambo hadir majlis persaraan n perpisahan tp tret ni majlis paling hepy... nak wat gano... tn yg si raikan pun hepy... siap menyanyi gumbira lg... apa pun hepy retirement boss... smoga berbahagia
turut bersama memeriahkan majlis dan memberi sokongan ialah En Nor aswadi YDP PIBG (tidak klihatan dlm gambar... sory bos), En Azam, ketua pergerakan pemuda umno Kelantan (baju putih)... serta Dato yusri selaku pengerusi Alumni SKKC (baju pink)... terima kasih smo yg menjayakan majlis....
n siapakah gua d majlis ini... MC bro... MC hammer caca merba... non skrip n ikut suka (sbb dah motosikal gua, bg amik, x sampai hati mnolak harapan saem2 tp kena redha la dgn hasil tangan gua... he3)
adiosss...

Sunday, November 9, 2014

PERKHEMAHAN PERDANA SKKC 2014

Bertempat di Padang SKKC Sahaja kerana kekangan waktu.
Pada 20-21.10.2014
Hanya 2 hari 1 mlm sahaja
Cgi rusli dan tn hj arif membantu pelajar memasang khemah... 
Ustaz arzuki bergaya dengan parang sambil meracik buluh utk kegunaan pelajar bina gajet
PKP cgu zaharudin mendemo kan carta bina gajet
Ustaz zamrul pun x mau kalah... Tunjuk skill Jugak...
Ambo pun nak menunjuk nunjuk Jugak.. Mana aci kan... He3
Ticer Na mandur gie memasak... Pelajar Masak sendiri utk mkn tengahari sambil  bertanding memasak
PKKO... smart... He3

Banyak aktiviti lain tapi gamba x dae nok amik... Ada pelbagainpertandingan... Mlm Ada sesi Julian agama, barbeque, serta malam kebudayaan...
Keesokan harinya Ada pertandingan Kawad kaki pula...

1st Ambo terlibat dgn perkhemahan after back to school... Sonok jgk...budak lg la sronok...




Sunday, October 5, 2014

1m1s SKKC

Program 1 murid 1 sukan SKKC telah di adakan pada 02.10.2014/khamis...
kerana masalah padang, hanya 2 jenis sukan yang dipilih sebagai permainan pelajar iaitu bola baling dan bola tampar
Pasukan bola tampar perempuan, pelajar tahun 4 & 5... tgn angkat best ni sbb tolong iklan kopi Tie... Lie duk kontrol ensem sbb boleh duk sbelah Linda... (Fadilllllllll....)
Pelajar SKKC tahun 4 & 5 yg dipilih utk permainan bola tampar
Cikgu hisham sedang melakukan teori permainan bola baling... mana la tak teori saja tgok la unifom kerja tu, dia cakap duit x de nak bli sluar track sbb pmohonan dgn Ja utk naik elaun x dpt lg (he3... jgn marah Ja)
sesi perasmian program sebelah paginya... nampak sangat pg nyer kan... ngantuk lg Tn GB n KM... (sekolah ni byk akronim woo)... ticer rina (marah kalu guna nm ni) duk ajar ustzh Tie wat kek keju tu... (alih2, ustzh Tie beli dgn dia jg... spoil)

Tuesday, September 9, 2014

MAJLIS RESTU ILMU SKKC

8.9.2014
Majlis restu ilmu antara guru  & pelajar SKKC yg akan mengambil UPSR.
Semoga anak murid kami ini mampu menjadi pemimpin agama dan bangsa masa hadapan

Pelajar lain turut hadir menyaksikan peristiwa besejarah ini... dgn harapan mereka akan lebih bersemangat juga
Barisan pulut kuning hadiah dari
ibubapa dan guru... simbolik pulut semangat Bekal buat pelajar tahun 6 berjuang.
sesi penyerahan ilmu...
semoga menggapai kecemerlangan...
target SKKC tahun ini ialah 30 org pelajar 5A

Friday, August 8, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA PUASA 2014 SKKC

Sekolah kebangsaan kampung chengal telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri 2014 peringkat sekolah pada 07.08.2014
Majlis d mulakan dengan takbir raya sebagai tujuan pendedahan dan pengajaran kepada pelajar. Diikuti dengan ucapan tuan GB, kemudiannya persembahan bertema hari raya oleh pelajar terpilih...
Kemuncaknya ialah jamuan hari raya
Berikut adalah foto sekitar majlis

Sunday, January 26, 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SK KAMPONG CHENGAL 2014

Pada 23 jan 2014 bersamaan 21 Rabiul awal 1435...

SSKC telah mengadakan sambutan program MAULIDURRASUL  buat merai dan mengingati junjungan besar Rasullullah S.A.W...
Semoga dengan sedikit aktiviti yang dilaksanakan ini mampu menimbulkan dan meningkatkan kecintaan kami warga SKKC buat Rasul tercinta...


Hiasan Dewan terbuka SKKC sempena program ini...

 
Pelajar SKKC berkumpul dan beratur d hadapan sekolah bersama dengan pakaian yang Serba indah dan sepanduk2 memuji junjungan... Ini juga merupakan salah satu kaedah PdP yang berkesan dalam menerapkan nilai murni...
Sangat Meriah dan berwarna-warni... Semoga, anak2 ini menjadi kebanggaan Rasulullah...
Perarakan di sekitar Kawasan sekolah dan perkampungan sambil berselawat memuji junjungan Rasul tercinta....
Perarakan turut di sertai dengan relahati para guru, ibubapa, AJK PIBG, jururawat klinik kesihatan serta di Bantu oleh anggota rela dan polis bagi melicinkan perjalanan program dan agar tidak menggangu lalulintas...

Selesai berarak program diteruskan di Dewan terbuka SKKC dengan nasyid, forum agama dan jamuan Makan...

Ya Allah... Kau limpahkanlah rahmat Mu buat kami warga SKKC... Amin





Saturday, January 18, 2014

BENGKEL KH SKKC

Ni la rupa bengkel KH sk kampong Chengal...
Nampak ok kan...
Tp sbenarnya tidak... banyak masalahnya, stok alatan, meja dan almari yg reput d makan bubuk (sejenis binatang, nate or haiwan yang suka makan kayu)
Bukan salah siapa kerana sebelum ni ketua panitia KH memiliki komitmen dgn jawatan lain...
So tahun ni sekolah bagi kepercayaan pada saya... insyaAllah akan d ikhtiarkan... kita tengok akhir tahun ni setara mana kemampuan saya...

MAJLIS PERPISAHAN PK KO SKKC

07 jan 2014
Tamatlah perkhidmatan puan aemas bt mahmood sebagai seorang guru dengan jawatan terakhirnya sebagai guru penolong kanan d sk kampong chengal... 

Berikut adalah majlis perpisahan/lambaian kasih tanda persaraan beliau...
Semoga Pn aemas terus sukses dalam kehidupannya sebagai pesara...
Ya Allah berkatilah hidupnya dan keluarganya


Yang diraikan mengambil tempat


Semua Wakil unit berunifom berada diatas pentas sebagai simbolik PK KO


Semua pelajar SKKC berbaris panjang mengiringi perjalanan keluar Pn. Aemas selesai punch card terakhirnya d SKKC...


Kenderaan milik sir Nik yusanif d piling sebagai kenderaan rasmi menghantar PK KO...

SELAMAT BERSARA PUAN AEMAS MAHMOOD... JASA MU TETAP DI KENANG SELAMANYA