SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Showing posts with label bonsai. Show all posts
Showing posts with label bonsai. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Repot n restyling bebuas

21 nov...
Ptg ni ambil ksempatan repot n restyle pokok bebuas taiwan kecil...
Pokok ni tanam batang, lama dah...
Di biarkan dalam pasu kecik lebih 5 tahun tanpa d jaga pun..
Hasil mmg mcm d harapkan, akar panjang...

Pokok bebuas taiwan... akar berserabut kluar dari pasu... mcm yg koi harapkan
resit n restyle atas batu... batu yg amat cantik hasil rayuan dgn ayh de pintu geng...
masih d tanam dlm pasu latihan... dah puas ati dgn style... batu n pohon d bungkus dlm plastik supaya akarnya membalut cantik... hopefully...
biasanya org lain akan guna plastik wrap buah2an... 

Friday, August 30, 2013

Mencari bonsai... kesinai/ssinar

30.08.2013/Jumaat
Bersama abg jali (buluh poh), hasan, mae n ust zamrul ke kawasan belukar area Padang Halban, Melor untuk mendapatkn bhn untuk bonsai...
Material yang dicari adalah sepohon ssinar yang besar lebih sepemeluk...Siap dengan gergaji mesin untuk mengerat dahan yang telah di tut...

Kali ni bukan gali tp pohon ni telah di tut/anggur dahulu sebelum bulan ramadhan baru ni...
kelihatan abg Jali sedang memanjat bagi megerat batang yang telah dipilih
 
Sedang menurunkan dahan yang telah dikerat... 
Panjat lagi... Plastik yang kelihatan tu adalah tempat tut... menggunakan habuk kayu basah dan campuran ubat akar
Ini lah rupa pohonnya... Besor ya amat... 

Thursday, April 25, 2013

PROGRESSION POHON TEH CINA

Salam...

Pohon teh Cina ini kalu zaman dulu d tanam sebagai pokok pagar... Sekarang dah jadi fames sebagai material bonsai...

Ini proses koi menukar pokok ini menjadi bonsai... Akan d update dari masa ke semasa

Foto 1 - pokok dlm keadaan ori setelah d biarkan begitu shj dlm pasu n d letakkan atas tanah selama setahun....

Foto 2 - banir or nebari or base...

Foto 3 - adam "abah nak wat pokok buruk ni..."

Foto 4 - nak wat gano la pokok ni... Aku









Monday, March 4, 2013

Limau rawit... Rock Style

Feb 2013...
Ini adalah pohon limau rawit.... Di bentuk dengan Style root on rock n semi cascade...
Medium tanaman adalah tanah bakar + pasir...


Tuesday, February 5, 2013

BEBUAS / PREMNA NOUSEOSE

Ini bebuas koi...
Telah dimiliki pd Mei 2010...
Barang beli ni... dari abe Lie Padang Kala...
Masih x berkesempatan utk betul2 modified... Masih ori seperti beli...
Justeru buang daun je... Pendahanan masih ori... Pasu pun ori beli lg...

1.2.2013...
Masih kelihatan sama selepas beli... niat dihati nak buat style air terjun/cascade...
tunggu jumpa pasu yang sesuai sikit hajatnya... tanah tu dah nampak macam makin x subur... stakat ni just bagi baja 8.8.8.




Saturday, February 2, 2013

My other bonsai...if can say...la

This weekend... Im try to boost again my long forgotten hobby...
Back then, I was so longin with my coreng atap/celoreng atap/cucur atap (beackea frustacens)... Bebuas... Teh cina... elm n etc2...

Then my boss change my work place (at last I'm surrender... Been avoiding this from happen almost a year)...

And for that my everyday schedule is change... Arriving at home almost 6.00 to 6.30... Already a sunset... I don't have time to enjoying my hobby...Watering all my plant usually at 9 or 10pm...
All that I do is just to feed them avoiding a sin for let a makhluk Allah (Allah creation) dying...
Before this once a month, im fertilizing it... after that (Changing work place) no more... even some of them is dying... most sadly is a my rare mirten...

Hoping that I can boost again my hobby... hoping that i will take care them once again... so this is my "on the way" bonsai...
Hopfully can make my progression with my plant/bonsai like Harry Harrington in his web...(I'm forgetting it)...

This 1 of my limau rawit...in a rock style... a lighter beside to show the size of this one...  need to take care of the root sometime...

1 of my coreng atap... need a better prunning...

Me, (jan 2013) trying to prunning a coreng atap...

Wednesday, September 5, 2012

APA ITU BONSAI (SECARA RINGKASNYA)


BELAJAR MENGENAI BONSAI
Dari Mylaman.net oleh Saardy
Bonsai pernah digambarkan sebagai 'puisi sepi'... dan seperti sebuah puisi, memori kecantikan yang tenang dan damai pada pokok-pokok bonsai akan sentiasa kekal di dalam minda anda selamanya! Bonsai sebenarnya adalah dua perkataan, "Bon", dan "Sai". Perkataan "Bon" bermaksud "talam" dan "Sai" bermaksud, "membesarkan" atau "menanam". Bila bercakap mengenai pokok "Bonsai", sesetengah orang menyangka ia adalah sejenis spesis pokok. Namun, seni ini sebenarnya adalah cara untuk menanam dan membentuk banyak jenis tumbuhan dan pokok.

         Tidak semua orang mampu menghayati keindahan dan keunikan tanaman bonsai namun apabila minat sudah berputik, bonsai akan dijadikan pilihan menghiasi kediaman dan menjadi hobi di masa lapang. Mempelajari kemahiran menanam dan menjaga bonsai memerlukan minat yang mendalam kerana kita harus tahu keperluan bonsai seperti udara, air dan cahaya matahari. Seni bonsai memerlukan masa lama dengan penjagaan yang rapi bagi membolehkan pohon yang benar-benar sihat dan menarik dihasilkan.


 Ia bukan kerja sambil lewa kerana penghasilannya memerlukan tahap ketekunan dan ketelitian yang tinggi. Misalnya, pokok perlu dicantas dari masa ke semasa supaya ia menjadi bantut serta tumbuh mengikut ketinggian yang ditetapkan. Jika pucuk daun baru tidak dimatikan, ia menyebabkan daun tumbuh meninggi sama seperti tanaman biasa.

Jika ada kedua-dua syarat utama, iaitu minat dan kesabaran, bonsai akan menghadiahkan balasan keindahan alam semula jadi yang ternyata mendamaikan. Hobi menanam bonsai bukan hak eksklusif golongan tertentu saja, sebaliknya untuk sesiapa saja yang berminat. Kos penanaman boleh jadi serendah RM10 dan juga boleh menjangkau sehingga ratusan ribu ringgit, bergantung kepada kemampuan masing-masing. Bonsai amat sesuai ditanam di negara kita yang beriklim tropika dan keunggulan tanaman itu tidak semata-mata bergantung kepada harga, sebaliknya kemahiran membentuk pokok merupakan faktor yang paling utama.



Bonsai adalah tanaman dalam pasu yang sengaja dikatikkan untuk menghasilkan keindahan seni gubahan daun, susunan ranting serta nilai keunikan batang dan banirnya. Sejarah bonsai bermula lebih 1,000 tahun lalu di China tetapi ia dipopularkan oleh orang-orang Jepun. Kini seni tanaman bonsai berkembang ke merata dunia dan hampir setiap negara mempunyai peminat bonsai. Peminat-peminat bonsai ini menggunakan pokok tempatan di negara masing masing untuk mengubahnya supaya kelihatan unik dan menarik. 


Bonsai terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu bonsai kecil bagi ukuran kurang 30 sm; bonsai sederhana 30 - 70 sm dan bonsai besar melebihi 70 sm. 
 mini bonsai

sederhana

besar


Umumnya, setiap tumbuhan yang berdaun halus boleh dijadikan bonsai.
Pokok bonsai perlu mendapat cahaya matahari yang mencukupi manakala penyiramannya pula dilakukan dua kali sehari. Baja diperlukan pula membabitkan baja daun, batang dan akar. 

Pohon bonsai perlu dibentuk sejak ia masih kecil lagi di mana pemasangan lilitan dawai aluminium sangat penting bagi menghasilkan bentuk dikehendaki. Hanya selepas tempoh tertentu, dawai aluminium terbabit dibuka manakala selepas 10 tahun, bonsai akan terhasil mengikut bentuknya yang tersendiri. 
 Pada masa yang sama, setiap enam bulan daunnya perlu dibuang dengan hanya meninggalkan ranting dan batang pohon untuk membolehkan daun yang baru tumbuh. Daun yang baru ini akan tumbuh dalam bentuk yang lebih kecil dan menarik sekali gus menjadikan nilainya kian bertambah. 


Dan seperti kebanyakan bentuk seni yang lain, anda tidak akan betul-betul tahu untuk membuat seni bonsai tanpa bercakap lenggok bahasanya.Ya, ada satu bahasa yang kaya lagi indah melingkari keghairahan kesenian ini. Bahawasanya, bagaimana untuk membuat seni bonsai ini bergantung kepada mengetahui pelbagai bentuk dan gaya untuk mengubah pokok katik anda yang amat berharga. Semua bentuk-bentuk ini memcerminkan keindahan alam semula jadi. Usaha meniru bentuk-bentuk ini menunjukkan tajamnya daya cipta dan estetik seseorang ahli seni bonsai. 

 Sekian, cerita bonsai yang boleh dikongsikan...
Koi hanya berkongsi cerita... Kredit adalah untuk penulis asal (rasanyalah...) Foto-foto yang di pamerkan juga adalah hak pemilik asalnya.... selamat meminati bonsai... adios...

Friday, March 23, 2012

asam jawa koi








Salam...
Di tas tuh gambor pokok asam jawa koi... 
2009, koi semai bijinya... 
Yang menariknya, biji2 nih datangnya dari buah asam jawa or kelantan panggil celagi yang dijual di pasar malam...
buahnya koi anok beranok dah makan, bijinya disemai...
kemudian setiap benih yang tumbuh koi ikat pula bersama-sama... ada yang 2 batang sepasu dan ada 3 batang sepasu...
target koi, pokok2 ini akan bercantum, akan lebih cepat besar n lebih unik...
so nanti kita lihat apa yang jadi...

bebuas koi


Posted by Picasa 
Bebuas daun ori, blum konvert ke daun taiwan,
hajat ari tuh nak biar kan ori je daun tuh...

pokok ni di bli murah je RM40,
ada dirumah koi skarang nih dah 2 tahun, so ini bukan rupa terbarunya...
Hajat hati nak wat mcm Harry Harington, post perkembangan terbaru bagi setiap pkok...
ntah la jd ke tidak, almaklumlah nak edit blog ni pun mls...
 

Thursday, September 22, 2011

BONSAI BERONGAN KOI


Lama koi tak bercerita pasal koleksi bonsai koi...
Ni ada satu spesis berongan yang lama dah koi "aim" n pujuk dari hj Him..

x de exotic mana tp cukup menarik pada koi... mcm biasa lah semua benda yg koi minat adalah berdasarkan gerak hati n minat sendiri...

keta, koi beli toyota se je... ramai yg heran namun sbb musababnya ialah hati koi minat....

bebalik pada berongan koi nih, akhirnya dapat juga dibeli n pada harga yg amat x menasabah namun semuanya kerana Hj Him menghargai minat koi pada pokok dia nih...

lama koi jg n kendian koi dapat satu idea plak... koi bw pegi pokok nih kerumah Sifu Yie (alaa, orang main bonsai mesti kenal, sifu melayu sohor ni...)

bukan nak wat jahat saja nak banding pendekatan pemain bonsai generasi awal n baru...

n sememangnya banyak bezanya....
banyak yg dapat koi pelajari n pentingnya ialah koleksi ilmu dari 2 generasi iaitu Hj Him n sifu Yie.... utk detail citer lain kali k...

di dalam foto tuh bleh nampak Sifu Yie sedang menglontarkan idea2nya...

Memang x kedekut ilmu kedua-dua orang sifu bonsai ku ini... n yg penting bukannya bonsai berongan ku bertambah comel tapi ilmu didada koi...

adios...
len kali plak k

12.12.2011
lama btul koi tinggalkan urusan main pokok2 nih... sejak pindah ke pejabat d Ketereh memg x sempat layan pun hobi nih... siram pun byk suruh anak... so cuti sek ni ada la peluang... koi bli pasu  n tanah di atas di rumah Sifu Yie... dawai tuh meme stok asal koi...

 Tengok, tu dia... akarnya dah penuh pasu, tu yg hidup mau x mau tu... ksian berongan koi... kalu x mati pook kesayangan koi nih, ialah bab usha sj hampir setahun mintak dgn Hj brahim...(lama x gi umah dia sihat ko dok agaknya...)


beginilah rupanya bila berongan nih telah dipasu lainkan dan di alih sedikit posisinya berdasarkan pendapat Sifu Yie... amacam? ok ko

Monday, September 14, 2009

coreng atap


Salam...

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut syawal yang mulia...

Izinkan koi terlebih dahulu mohon maaf kepada semua yang mengenali koi yang dagang pak malau di negeri cik siti wan kembang ini...
Mohon ampun dan maaf dari rakan2 PKG, BTPN, n BTP...
Rakan2 guru kelompok pkg labok dan semuanya...

Pohon coreng atap di atas, di bentuk mengikut selera sendiri... terlalu sayang nak di ubah, walaupun sedar telah lari dari prinsip asas bonsai...(bilangan dahan yg genap...)
Batang pohon ini telah di berus dengan berus dawai dan di kikis...
Di tanam dalam medium pasir halus sepenuhnya...
Kelemahan koi dengan pohon ini ialah gagal untuk membentuk daunnya agar dapat jadi setompok2 mcm pohon yang di pertandingkan...
Telah lama berada dalam milikan koi, hanya 2 pohon CA yang hidup... lain semua mati...
Kebanyakan CA koi di gali di pesisiran jertih...(sebenarnya baru skali je pergi join group gali CA...he3)...
Masih lg di tanam dalam "besen plastik"... ada cadangan untuk alih ke pasu namun blum berjumpa pasu yang sesuai...
Dalam memelihara CA nih, koi amat terhutang budi dengan blog bonsai kita, mat yie garden, nature of bonsai dan zunira...artikel2 yg di siarkan banyak membantu koi... Thankiu...

Saturday, March 21, 2009

PEMBELIAN YANG PERTAMA

Pokok di atas berketinggian lebih kurang 45cm(dari banir ke pucuk)...
Di beli pada bulan 6,2008 di mentakab...
pokok ini di beli daripada orang cina yang datang daripada negara cina...
Tapi bukanlah pulak maksudnya koi pergi beli di negara china tu...mana ada pitis(kata oghe klate...)
Kebetulan masa koi balik kampung awah, pok sedara sound la ada jualan bonsai di mentakab...
Dia la (pok sedara koi la...) yang cakap ada orang cina jual bonsai tuh...
kalu ada orang mentakab baca sila betulkan kalu koi saloh...lokasi tempat jualnya adalah dekat trafik light kedua bandar mentakab dari temerloh(dekat stesen minyak shell...)
Penjual tuh memang tak pandai cakap melayu or "omputih"...
Mujurlah pok sedara koi nih (Uncle Berahim...) rupa-rupanya masa kecik dulu sekolah china...
hari tuh la baru koi tahu dia bleh speeking china...
Mak andak koi pun bleh speeking china jugak ari tu...(Hantu betui....)
Diorang lah yang melakukan urus niaga nih... koi nganga je...
sambil ralit tengok pokok....Meleleh air liur beb!
duit pulak time tuh tengah nipis.... Mujur bini memahami sominya...dia bagi la pinjam skit...
dapat la bli 3 pohon yang sedang2 macam gambar tuh...
Spesies tumbuhan ni koi tak kenal... batang macam ssinar, tapi daun lembut...
Telah di bentuk style macam dalam gambo, koi malas nak modified lagi, masih blum puas tengok...
Yang menyesalnya,,,, adalah sepohon pokok teh cina yang berstyle kan air terjun dengan akar berpulas-pulas cantik cina tuh nak jual rm170.00 koi tak beli pasal tak de pitis...gi mentakab minggu lepas (cuti sekolah...) orang jual tu dah tak de... dah pindah or maybe dah balik negara pun....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, March 15, 2009

BONSAI YANG PERTAMA


Lama dah tak update...

masa pertama sekali buat blog ni macam2 idea datang...

rupa2nya, tak cukup masa juga untuk buat benda ni...

Ok lah...

bersesuaian dengan tag lain koi iaitu koi & bonsai maka ada patutnya koi masukkan bonsai2 yang koi ada...

Perlu di ketahui...

koi baru setahun jagung dalam bidang ni...(memang betul setahun pun...)
Gambar jeliti sebelah ini adalah penyebab koi minat kat bonsai...
Dihadiahkan oleh sedara Isteri ku...
Sepatutnya ada 3 batang besar dari banir, namun kerana kejahilan koi mengenai bonsai, koi kerat so tinggal la satu batang je.
Asalnya pun tinggi, hampir 1 meter tp macam tadi juga koi kerat...
sebab koi melakukan tindakan kurang bijak ini kerana koi ingatkan bonsai rendah & cuma ada satu batang je...
Kalau sapa2 yang ada idea boleh la bagi cadangan atau lakaran yang sesuai dengan hala tuju poko ini...sebab koi dah blank... mungkin kerana jeliti ini dah jadi ntah apa2... sian dia

12.08.2009

Pada tarikh tersebut koi telah menyalinkan pohon jeliti di atas ke pasu lain yang lebih besar,
ini kerana koi kesian pokok tuh dah banyak kali jd mangsa xperimen...(biasala org baru kenal bonsai... blajar lak dari buku je...)
so this time koi nak biarkan dia tumbuh dengan bebas tanpa di kacau...
Pasu tuh plak... slepas dibasuh n jemur...
telah digantikan dengan pohon bunut tiger (apa la nama sebenar pohon ni ek, heran jg... nama melayu campur omputih...)
Kalu nko org prasan, ada batu kat blakang pokok nih... cadangnya nak buat rock style...
just yang frustnya, dahannya mati sebelah setelah di serang penyakit...
harap-harap nanti pendahanannya akan tumbuh dengan serata...(pada ketika blog nih di tulis, telah wujud mata tunas dahan/ranting...)
Kata orang, pokok nih lasak... namun medium tanamannya masih lagi koi gunakan tanah campuran, tanah bakar, tanah hitam dan secukup rasa pasir...

cuma satu pertanyaan koi, mohon mana-mana pelawat tolong jawabkan... perlu ke pohon ini daun-daunnya di kutil/buang sepertimana pohon jeliti?