Tuesday, November 5, 2013
Sunday, November 3, 2013
Perihal awal muharram
Assalamualaikum.
بسم الله الرحن الرحيم
Ini jawapan bagi yang bertanya :
Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pd akhir tahun, dibuka pada awal muharram, dan ganjaran org memperingatkan tentang muharram
Ada beberapa perkara yg agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.
Antaranya, hijrah Nabi saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yg baru.
HIJRAH
Hijrah Nabi saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum baginda.Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram.
Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yg kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."
Agak pahit utk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.
Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yg lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah nabi saw. Pada tahun nabi berhijrah itu, nabi berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.
DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita cthnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yg dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama, kerana ia disandarkan kpd sebuah riwayat 'yang antaranya menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pd tahun itu.'
Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.
Tiada dalam kitab2 hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yg batil.
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.
CATATAN AMALAN
Dakwaan yg mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir zulhijjah, dan dibuka pada awal muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada :
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. )✅
-Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Nabi saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin wdan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hambaNya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) ✅
-Hadith Sahih.-
✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.)✅
-Hadith Hasan-
BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu.
Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan2 lain.
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan rejab..."
Berdasarkan panduan para ulama dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu).
Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Kesimpulan :
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
والله اعلم.
Kredit untuk penulis artikel ini... sy hanya tolong menyebarkan... mohon rakan yg lain perbetulkan jika ada kekhilafan
CORAT CORET BOLA MALAYSIA 2013..
Tamat sudah saingan kancah bolasepak Malaysia utk musim 2013. Setiap kejuaraan berjaya diperoleh oleh setiap pasukan daripada seluruh pelosok tanah air. Wakil Utara, Timur, Barat, Seberang, Selatan & Borneo...
❒ Wakil Barat :
ATM → Juara Piala Sumbangsih
❒ Wakil Timur :
Kelantan → Juara Piala FA
❒ Wakil Timur :
Pahang → Juara Piala Malaysia
❒ Wakil Seberang :
Lions XII → Juara Liga Super
❒ Wakil Borneo :
Sarawak → Juara Liga Perdana
❒ Wakil Utara :
Pulau Pinang → Juara Liga FAM
❒ Wakil Selatan :
Johor DT → Juara SUPER SPONTAN (Jep)
Pelarasan gaji kakitangan awam 2013/2014
Pelarasan gaji 2014 - Penjawat awam dapat dua kenaikan gaji
Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
“Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan,” katanya.
Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
- Bernama
81 skim perkhidmatan itu melibatkan;
Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Buat jawatan lain yg tidak tersenarai dalam 81 skim tu harap sabar2 la ye... jgn ikutkan panas hati sangat... mungkin ada lg rezeki di lain kali... urusan ciptaan manusia ni sukar untuk memuaskan hati semua orang... dari melaung tidak tentu pasal kat luar masuklah persatuan berkaitan... sedangkan CUEPACS pun ambil masa yang panjang untuk perjuangkan satu2 isu
Wassalam...