SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Wednesday, June 7, 2017

Abg arif & UMP

Akhirnya...
Abg arif mlangkah kluar dari rumah, menyambung belajar mengejar cita-citanya yg abh sokong iaitu menjadi enginer...
Abg arif dapat ofer untuk study diploma kejuruteraan mekanikal d university malaysia pahang.
Pada 27.5.2017, abg arif mendaftar d sini. Dapat duduk d kolej kediaman 2.
Abg arif juga dapat tawaran temuduga PISMP, namun dia dah keraskan iltizam utk tolak n sahut cabaran d UMP. Abah n Umi redha je, sokong impian anak. Abh tau jauh d sudut hati umi, dia inginkan anaknya teruskan juga temuduga PISMP n lihat sjauh mana boleh pegi...
Abg arif juga dapat ofer kolej matrikulasi canglun jurusan sains 1 tahun...

Saturday, January 7, 2017

Motivasi buat guru-guru

Assalamu'alaikum.
TIGA BELA çS MOTIVASI
untuk para Guru مربى

Jadikan tip-tip ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stres dsb.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit, kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah, kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah  PELAJAR/MURIDmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

🔹MOTIVASI KETIGA  Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURIDmu dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai ke puncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

🔹MOTIVASI KELIMA  Baikkanlah layananmu terhadap PELAJAR/MURIDmu dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.

🔹MOTIVASI KEENAM  Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak PELAJAR/MURIDmu yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

🔹MOTIVASI KELAPAN  Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah guru-guru kami yang kuat, cergas dan amanah".

🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah PELAJAR/MURIDmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru,  kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar, tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍
Utk kita semua. Semoga bermanafaat.. 👍🏻👍🏻👍🏻😊

CnP sahaja, kredir buat penulis asal

Thursday, December 8, 2016

Kisah Bilal bin Rabah

Selepas wafat nya Rasulullah ,Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah .Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Jangan lupa 12 Rabiulawal.

Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat,agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat.

😭😭😭😭😭

Monday, November 28, 2016

KEMBARA HARAMAIN KU. PART 2... MADINAH, HARI 1

12.12.2015
Slesai airport,
Naik bas ke hotel penginapan...
D madinah, hotel yg di sediakan ialah hotel Dar Al Naem... (mudah nak ingat, nak sama dah dengan kelantan Darul Naim)
Jarak lebih kurang 150m dari pintu 25 masjid Nabawi...
Suasana mmg sejuk...
Pukul 4.30 pg (waktu malaysia, blum set jam time arab) dah bangun x berapa nyenyak tidur kerana tak sabar untuk ke masjid Nabawi yg agung tu... perjalanan subuh ke masjid Nabawi utk pertama kalinya amat menyeronokkan, sayu n sedih, bermacam rasa... impian yg terpendam slama ini, akhirnya tercapai... betapa Ar-rahman dan Ar-rahimnya Mu Ya Allah...
 Syukur dengan nikmat Mu Ya Allah, sebak tak terkata, seronok tak terhingga
 Bonda n wife tersayang, posing di subuh hari
 Inilah dalaman Masjid Nabawi yang teragung itu, 
Ralit mengagumi arkitektual islam

Sepanjang perjalanan ke masjid Nabawi macam melalui pasar malam, pnuh dengan penjaja dan peniaga yg menjual bermacam barang... aku melakukan pembelian kedua di bumi Madinah (yg pertama, starter pack sim phone), kain serban utk membalut tubuh mengurangkan ksejukan... Cayang dan mak blum membeli apa2 lg...
Kaku sekejap bila dapat masuk ke perkarangan masjid Nabawi... terharu.
Kaku lagi bila berada di dalam masjid... terharu, kagum dan bahagia....bercampur baur...
Balik solat subuh, perghhhh, meriah, bermacam barang menunggu untuk d beli...
Sarapan d hotel, makanan malaysia rupanya ingatkan dapat makanan arab... he3...
Pukul 10 (waktu arab), seorang pelajar pattani (utz mat) yg belajar d universiti Madinah jd mutawif/tourist guide jemaah lelaki.. aku berpisah dgn cayang n mak yg ikut rombongan wanita (tourist guide dia wanita indo)...
Kami d bawa mengelilingi masjid Nabawi, melihat cerita yg berkisar d sekitar masjid...
melihat bangunan Saqifat Bani Saedah (tempat baiah/perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama).
Melihat surau Saidina Umar, surau Saidina Ali (namanya surau tepi sebenarnya bangunan2 ini di bina oleh pelbagai kerajaan sebagai tanda penghargaan).
Menurut utz Mat, monumen ini kini d tutup kerana puak Syiah akan melakukan kerosakan terhadap surau Umar (benci nya mereka) manakala surau Ali dah jd mcm satu kewajiban wajib hadir bila ke Madinah...
Kami juga melihat perkuburan Baqi'... tempat dimana ahli keluarga, sahabat Rasullullah di makam kan... menurut utz mat, kebanyakkan tanda/nisan telah d tiada kan kerana puak syiah mengambil kesempatan utk mlepaskan kemarahan mereka kepada sahabat yg mereka tidak suka...
Seterusnya, kami memasuki Masjid Nabawi untuk ke Raudhah...
Percubaan ku untuk memasuki Raudhah (kawasan berkarpet hijau), gagal... terlalu ramai dan bertolak menolak... utz mat mencadangkan aku utk datang pada dinihari, pukul 3, katanya lebih lengang dan aman...
Sepanjang waktu solat, aku, cayang n mak akan berada d masjid... waktu free pulak kami meronda sekitar masjid.
Pengalaman melihat anak2 warga madinah d masjid amat mengesankan... sama sahaja dengan perangai anak2 kita d Malaysia. Nama dah kanak2, maknanya mereka akan bersolat, bermain dan berlari dalam masjid bila tidak mengaji Quran namun tiada la pulak org biasa, AJK atau polis yg akan memarahi.
Dinihari tu, pukul 3... aku bergerak dalam kedinginan malam ke masjid... sejuk. Bersemangat dalam kedinginan, d hati, berdoa tidak henti2 mengharap dapat berada d Raudhah.
Alhamdulillah, d permudahkan, orang ramai tetapi dapat berada d Raudhah utk bersolat sunat... hajat hati nak berlama-lama, almaklum la bukan senang nak datang n masuk sini. Siang td dah gagal. Tengok pulak ada bangsa lain yg siap membaca Quran d sini namun bila berpaling kebalakang ku lihat ramai manusia yg mencari peluang untuk berada d Raudhah. Aku berasa simpati la pulak sbb aku dah rasa. Maka selepas beberapa solat sunat, aku memberikan isyarat kepada seseorang yg tidak pun ku kenali. Bergegas dia masuk seraya memelukku, terharu nya dia, kaget juga aku mulanya... bangga pulak aku dengan diri sendiri... ha3...

Saturday, September 17, 2016

KEMBARA HARAMAIN KU. PART 1... KB KE KL

11.12.2015
Perjalanan yg di rancang sejak awal usia perkahwinan, bermula...
Aku merancang, pada usia 40 tahun dapat menjejakkan kaki ke tanah haram untuk umrah.
Pada umur 45, aku menunaikan haji... itu perancangan.
KetentuanNya, 
pada umur 41, aku dan isteri dapat mengerjakan umrah. Alhamdulillah, syukur

11.12.2015...
Perjalanan bermula...
Pukul 7pg, aku, isteri tersayang dan bonda tercinta sudah "tercokoh" di lapangan terbang sultan ismail petra, kubang kerian, kelantan. Menunggu penerbangan 9.15 dgn MAS (MH 1385) untuk ke KLIA...
Wakil syarikat TRAVEL YASKIN telah sedia menunggu jemaah umrah dgn dokumen2 yg d perlukan.
Perasaan...
Uih, Seronok la menggapai impian.
Berdebar...
Ofkos, kerana terpaksa meninggalkan anak2... bagaimanakah mereka nanti 12 hari tanpa ibubapa mereka.
Gusar...
Bagaimanakah ipar ku (abg Jae & kak Cah) dan mertuaku, Ma, menangani sosok perangai cahaya mataku.

Untuk pertama kalinya, kitorang sarapan KFC (kat airport la nih),hahaha...
Tepat pada masanya, rasanya hati lelakiku yg menjadi lembik seperti agar2... sebak meninggalkan kelima lima baby ku terutamanya si Dadam...
Ya Allah... aku mencari redha Mu, permudahkan lah urusan kami ke Tanah Haram dan keluarga ku d Tanah Air...
Flight berlepas pukul 9.15 ke KLIA... bermacam rasa bermain d minda, seronok jg x terkata kerana impian semakin hampir d gapai...
(tak ingat la pulak, ni flight MAS or Flynas...)

10.30 d KLIA, rupanya ramai lg jemaah umrah menunggu, meriah, berasa seperti musim haji la pulak...
Rombongan bergerak bebas dan di minta utk berkumpul pada jam 1 d aras 5 KLIA. Wakil Yaskin d sini yg menunggu kami (jemaah umrah melalui Yaskin) ialah hj Wan Isham... muda tp amat bersopan orangnya...
Keluarga abg Dee juga datang ke KLIA.

Rupanya ramai jemaah umrah d KLIA. Ternampak juga kelibat pendakwah popular yg menguruskan kumpulan yg di wakili mereka.
Pukul 3 kami para jemaah bergerak masuk ke balai berlepas. Penerbangan kami pukul 4.30 menggunakan pesawat sewakhas untuk umrah (pelbagai agensi travel) iaitu Flynas (kod penerbangan XY).
Pukul 9lebih waktu madinah kami sampai d airport madinah. Ketika ini hanya penerbangan kami shj yg ada, urusan imegresen berjalan lancar dan mudah. Rasa bangga juga pertama kali mendengar pegawai berbangsa arab mengucapkan selamat datang dalam bahasa melayu.
Urusan menunggu bagasi yg sedikit lama. Pukul 10 lebih kami (para jemaah Yaskin) bergerak menaiki bas sewa. Aku mengambil kesempatan untuk membeli 2 starter pack MOBILLY bernilai 50riyal daripada penjual yg menjualnya dalam bas kami... Berasa macam terer la bli dalam bas, rupanya kat sekitar masjid Nabawi lagi murah staterpack tu... hahahhah... pengalaman


Thursday, April 2, 2015

Bola sepak 9s

23&24.03.2015
Kejohanan bola sepak 9s QIT Melor d jalankan...
Alhamdulilah,  ank buah ambo (1st time coaching)  dpt tpt ke 3... satu pencapaian yg amat membanggakan kerana SKKC kekurangan infrastruktur utk bersukan. Kitorg (ewahh) cuma ada padang dgn kluasan taraf bola baling shj...

tangan kiri d belakang kpala, tangan kanan tarik siku...1, 2, 3, 4.... Streching.. 
warming up, sesi latihan yg d jlnkan 2 mgu sebelum cuti sek... Itu bgilir hari kerana kekangan masa & kjohanan sukan yg lain...
made in chengal... bakal "koc" TRW... 

Thursday, January 22, 2015

Maulidur Rasul 2015

21.01.2015
Bersamaan 30 rabiulawal 1436
Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal telah mengadakan sambutan MAULIDURRASUL peringkat sekolah. Tema pada tahun ini ialah "perpaduan nadi transformasi negara"...

Pelajar berkumpul di hadapan sekolah bersama banting MAULIDURRASUL yang di sediakan oleh pihak sekolah...

Sebahagian daripada pelajar SKKC dengan pakaian yang sesuai dengan sambutan MAULIDURRASUL 

Sebahagian guru2 SKKC juga Segak bergaya... Kelihatan hj arif yg sedang kerunsingan kerana orang rumahnya tak tahu pun dia pakai Baju melayu... Cigu rosli macam biasa, pantang nampak kamera... Ustaz arzuki pula sedang control macho...

Perarakan sambil berselawat memuji keagungan Rasullullah tercinta, di ketuai oleh Ustaz arzuki, cgu ramli n pk hem...

Pelajar bersama PK KO n cgu hisham...

Panjang perarakan,
Ai, selawat ke berbincang tu...
GB, diiringi oleh PKP n the gang...
Bersambung dengan selawat n lain2 program seperti ceramah maulud dan jamuan d Dewan SKKC...

Ya Allah yang mana agung, limpahkanlah Rahmat Mu kepada Junjungan kami...




Friday, January 2, 2015

Maulidur rasul 1436h/2014m

Ya Rasullullah, semoga aku mampu menjadi kekasih mu...

Rasullullah...

Nama:
Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH
.
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
.
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
.
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
.
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
.
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad

Tuesday, December 30, 2014

Banjir 2014

Kelantan/Malaysia
2014... banjir yg sangat besar berlaku mlebihi dari banjir 10 rahun dahulu (2004) .
Pada 12.12.2014 (besday uyul) hujan smakin lebat (pusingan pertama) mengakibatkan umah koi hampir sj d masuki air... mujurla saat paling kritikal pun hanya la setakat sama paras dgn lantai jika hujan berterusan mmg akan masuk dlm umah...

Pusingan ke2... lebih kurang bmula 20.12.2014, Klantan d kejutkan dgn hujan lebat dan sungai mmuntahkan airnya sehingga bandar gua musang tenggelam dan d ikuti dengan bandar kuala krai sehingga la ke KB...

Rumah koi... ketika hujan lebat pusingan pertama... pic ni pd 16.12
18-20.12... pic d atas adalah d wakaf che yeh...
pic di bawah, 
inilah suasana D sekitar bandar KB yg juga tenggelam teruk
Rumah abg jae n k.sah D taman uda murni buat pertama kalinya juga turut d genangi air cuma tidak lah sampai ke tahap masuk ke dalam rumah
gambar sahabat senior koi d pkg/btpn kelantan, zailani d hadapan rumahnya d area salor
Ini pula aksi macho ustaz rozi, sahabat d SKKC bergaya bersama rumahnya d area kubang kerian...
Wan husin juga berposing ala2 aron aziz d halaman rumahnya d area wakaf baru
Koi bersama warga kg chengal berbincang utk menghulurkan bantuan kpd penduduk kg sekitar yg berpindah ke SKKC apabila rumah mereka d naiki air...
Sebahagian daripada mangsa banjir yang menumpang d surau SKKC
barangan yg dapat kami sekeluarga kumpulkan utk d kirimkan ke mereka yang memerlukan d kuala krai...
barang2 d punggah ke dlm 4wd milik adik kpd pn imah utk d bawa ke kuala krai
berikut pula adalah gambar2 slepas banjir semakin surut d KB
rupa dan keadaan rumah sahabat ku, cikgu duan selepas banjir surut... air naik ke paras lutut d atas rumah... perabot byk yang rosak, halaman rumah d penuhi dengan selut dan lumpur...
semoga semua yang menerima ujian ini tabah dan sabar... sesungguh d sebalik kedukaan ada hikmah dan manisnya...

Sunday, December 21, 2014

Nasi ayam

Bagi koi, nasi ayam sini sdap...

Print screen apps waze... anak panah biru adalah lokasi kdai ini... bertentangan dgn pintu masuk ke tesco
licin...
menu yg d oder nasi ayam... ayam stail hainan dah abis so oder yg biasa je la... add pulak tauhu thai n ayam lemon...
mmg best... try la... 

Thursday, December 18, 2014

Banjir at my crib 2014

17.12.2014
Akibat hujan yg berterusan...
Banjir lg dpn umah gua...
Akibat pembangunan perumahan yang tidak terancang dan sistem perparitan yang tidak d pedulikan oleh pihak Majlis Daerah, JKR or JPP...

Kesian SE gua... mlebihi rim dah air...
dah macam rumah rakit... ksian jgk kat cherry yang jadi badak berendam...
apa2 pun gua terima seadanya ujian Yang Maha Esa... pasti ada hikmahnya... yg penting mengajar gua sabar... semoga orang lain yang lebih kritikal ujian musim tengkujuh/banjirnya ini mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan, kerajaan negeri, agensi berkenaan dan para YB... SEMOGA TIADA KETIRISAN DAN TAMAK YANG BERLAKU...

Sunday, December 14, 2014

NASI BERLAUK AYAM KAMPUNG

Jom pekena nasi berlauk ayam kampung blakang Billion...
Bagi gua mmg tbaik la...
Lauk sempoi je, ayam kampung goreng... Gulai ayam kampung pun ada tp tu pun kalu lewat tgl kuah je la...
Ikan keli goreng garing...
Pas tu ulam timun n sambal ala2 pencicah... tu je menunya...
Nak makan pun x payah oder sbb menu x byk... pakai duduk tgu makanan datang... nak oder jg boleh, oder air he3...

Location nyer... blakang billion... nak sng dtg dari jln telipot or dari PPD KB, sampai dpn SMK Sultan Ismail masuk simpang utk ke billion... kdai x de nm, terlindung dgn zink... sbelah kdai fotostat... kalu nampak keta byk paking tepi jln tu maknanya btul la...
Kjap ada...
kjap x de... jom bayar... 
mkn 7 org tmasuk baby 4 tahun tp nasi 8 pinggan, ayam 9 ketul... hah, amik kau... tp harga x mahal pun...
adios