SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Saturday, March 21, 2009

PEMBELIAN YANG PERTAMA

Pokok di atas berketinggian lebih kurang 45cm(dari banir ke pucuk)...
Di beli pada bulan 6,2008 di mentakab...
pokok ini di beli daripada orang cina yang datang daripada negara cina...
Tapi bukanlah pulak maksudnya koi pergi beli di negara china tu...mana ada pitis(kata oghe klate...)
Kebetulan masa koi balik kampung awah, pok sedara sound la ada jualan bonsai di mentakab...
Dia la (pok sedara koi la...) yang cakap ada orang cina jual bonsai tuh...
kalu ada orang mentakab baca sila betulkan kalu koi saloh...lokasi tempat jualnya adalah dekat trafik light kedua bandar mentakab dari temerloh(dekat stesen minyak shell...)
Penjual tuh memang tak pandai cakap melayu or "omputih"...
Mujurlah pok sedara koi nih (Uncle Berahim...) rupa-rupanya masa kecik dulu sekolah china...
hari tuh la baru koi tahu dia bleh speeking china...
Mak andak koi pun bleh speeking china jugak ari tu...(Hantu betui....)
Diorang lah yang melakukan urus niaga nih... koi nganga je...
sambil ralit tengok pokok....Meleleh air liur beb!
duit pulak time tuh tengah nipis.... Mujur bini memahami sominya...dia bagi la pinjam skit...
dapat la bli 3 pohon yang sedang2 macam gambar tuh...
Spesies tumbuhan ni koi tak kenal... batang macam ssinar, tapi daun lembut...
Telah di bentuk style macam dalam gambo, koi malas nak modified lagi, masih blum puas tengok...
Yang menyesalnya,,,, adalah sepohon pokok teh cina yang berstyle kan air terjun dengan akar berpulas-pulas cantik cina tuh nak jual rm170.00 koi tak beli pasal tak de pitis...gi mentakab minggu lepas (cuti sekolah...) orang jual tu dah tak de... dah pindah or maybe dah balik negara pun....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, March 15, 2009

BONSAI YANG PERTAMA


Lama dah tak update...

masa pertama sekali buat blog ni macam2 idea datang...

rupa2nya, tak cukup masa juga untuk buat benda ni...

Ok lah...

bersesuaian dengan tag lain koi iaitu koi & bonsai maka ada patutnya koi masukkan bonsai2 yang koi ada...

Perlu di ketahui...

koi baru setahun jagung dalam bidang ni...(memang betul setahun pun...)
Gambar jeliti sebelah ini adalah penyebab koi minat kat bonsai...
Dihadiahkan oleh sedara Isteri ku...
Sepatutnya ada 3 batang besar dari banir, namun kerana kejahilan koi mengenai bonsai, koi kerat so tinggal la satu batang je.
Asalnya pun tinggi, hampir 1 meter tp macam tadi juga koi kerat...
sebab koi melakukan tindakan kurang bijak ini kerana koi ingatkan bonsai rendah & cuma ada satu batang je...
Kalau sapa2 yang ada idea boleh la bagi cadangan atau lakaran yang sesuai dengan hala tuju poko ini...sebab koi dah blank... mungkin kerana jeliti ini dah jadi ntah apa2... sian dia

12.08.2009

Pada tarikh tersebut koi telah menyalinkan pohon jeliti di atas ke pasu lain yang lebih besar,
ini kerana koi kesian pokok tuh dah banyak kali jd mangsa xperimen...(biasala org baru kenal bonsai... blajar lak dari buku je...)
so this time koi nak biarkan dia tumbuh dengan bebas tanpa di kacau...
Pasu tuh plak... slepas dibasuh n jemur...
telah digantikan dengan pohon bunut tiger (apa la nama sebenar pohon ni ek, heran jg... nama melayu campur omputih...)
Kalu nko org prasan, ada batu kat blakang pokok nih... cadangnya nak buat rock style...
just yang frustnya, dahannya mati sebelah setelah di serang penyakit...
harap-harap nanti pendahanannya akan tumbuh dengan serata...(pada ketika blog nih di tulis, telah wujud mata tunas dahan/ranting...)
Kata orang, pokok nih lasak... namun medium tanamannya masih lagi koi gunakan tanah campuran, tanah bakar, tanah hitam dan secukup rasa pasir...

cuma satu pertanyaan koi, mohon mana-mana pelawat tolong jawabkan... perlu ke pohon ini daun-daunnya di kutil/buang sepertimana pohon jeliti?

Sunday, February 8, 2009

situasi politik la nih

Situasi politik sekarang nih tak pernahnya menjemukan...
sejak PRU12 lg...
Kemudian 16/9 pulak... jadi makin haru (suasana politik....la)
Rakyat yang minat politik atau tidak berdebar katak (pinjam istilah anak...)..Duk tunggu, jadi ke tak jadi nih...alih-alih tak jadi...

Dan sekarang haru dengan politik di Perak...
Deme kata PR yang buat dulu...
deme yang lain pula kata BN lorat nak rampas kuasa...
Ada yang kata sultan ambil alih kuasa rakyat (tak pasal-pasal sultan di persalahkan...)

Yang koi marahnya bila di katakan orang BN gila kuasa... ingat semua org BN suka ke dengan situasi mcm nih...
Tapi cuba la pikir sikit, kalau tak ambil peluang yang dah ada di depan mata tak ke bodoh namanya...
Bila BN buat sumenya huduh...rasuah...
Jgn la mcm tu beb...2,3 ekor kambing yang salah tak patut la sume skali terpalit...

Ingat org PR baik sgt ke...

Dlm hal nih bukan masalah rasuah, masalah kehilangan majoriti....
Tp ada pula yang kata kenapa tak tunggu sidang DUN untuk istihar undi tak percaya kepada MB DS nizar nih...
tanya koi balik kenapa nak tunggu, jalan lain ada, yang di iktiraf oleh perlembagaan dan undang-undang iaitu dengan perisytiharan Sultan...

Tapi bila sultan ikut undang-undang tubuh negeri perak nih, orang2 PR cakap salah juga... abih cam no (pinjam n9 punya lenggok pulak..)

Deme nak wat lompat parti...tak po
BN tak leh, tak bermoral lah, tak adil la, macam-macam...
Nih tiga orang adun nih tak lompat parti pun, skadar keluar parti asal n duk di luar...

ok la, sambung lain kali pulak...
Berfikir positif la....

Sama ada sesuatu perkara itu menguntungkan kita atau tidak...

Tuesday, November 4, 2008

chelsea & ketuanan melayu

Hari ini macam hari biasa, semoga lebih baik daripada semalam...
tgh malam tadi tak sempat nak layan chelsea...mengantuk buat asaimen...
Tenguk result pagi ni, kalah pulak dah..3-1 plak tu...
Scolari apa dah jadi nih...
Sekarang ni di malaysia...
Isu Ketuanan Melayu jadi hal pula...apa masalahnya...bukan ke raja-raja melayu dah bersidang n beritahu jangan di pertikaikan benda ni...
so leave it la...
Teruskan hidup kita macam biasa... maju kita secara individu, secara tak langsung masyarakat kita, negara kita maju jugak kan...entah la...

Saturday, November 1, 2008

first time

Lama tak bawa family jalan-jalan so baru ni koi, bawa family makan angin kat langkawi...
Lalu ikut grik, kuala pegang, jeniang n terus ke highway gurun...
Tak best nya sampai Kuala Perlis hujan pulak...
tapi tak pe pengalaman tuh...
Yang aku worried nya..BONSAI aku kat umah tuh...
Tak de orang jaga...
Jangan la kena songlap