Salam Aidil Fitri...
Koi beraya di Temerloh tahun nih... tapi tak la sonok sangat sebab tahun ini adik ipar beraya di Hospital Ampang kerana buat kimoterapi. Adik koi ini telah menerima ujian yang maha hebat dari yang Maha Kuasa iaitu kanser darah... Tabahlah Ina & ngah menghadapi ujian nkorang ini, itu jelah yg mampu long ucapkan...
Slepas solat sunat raya, koi n famili, adik-adik iaitu Citeh & Asyu bertolak ke Ampang. Bawa sekali anak2 Ngah yg lama dah tak berjumpa mak n ayah diorang...
Selama ibu & ayahnya di hospital, anak2 duk dgn nenek mereka (mak koi gilir2 dgn ngah jg wife dia) Bila amik dekat nak raya tuh, siannya rambut penuh kutu, kudis pun ada, ialah anak tak de mak ayah, lepas bebaslah bermain... koi beli ubat kutu jenama Delice, syampukan budak2 tuh, x payah sikit, berguguran jatuh... sebak kitorang...
pagi raya dah pakaikan budak2 nih comei2... pas solat gi Ampang... Jumpa ibu & ayah diorang trus lupa pada kome, galoknya, sonoknya, gembiranya, (dah x hirau pada pak long dia yg garang nihhh.. kih2) mengalir airmata jantan koi... ksian sangat2...
Sabarlah ngah... Ina...
Tahun nih tanggung derita skit, tahun depan kita raya sama2 kembali... pukul 6 balik temerloh smula...
Adios...
No comments:
Post a Comment