Salam...
5 mei 2013... kita mengundi...
mlmnya, masing2 tercokoh depan TV... menanti penuh harapan...
Keputusan yang beransur keluar menyesakkan dada dan nafas...
DAP semakin bermaharajalela... pada akhirnya 38 kerusi parlimen dikaut, satu laba yang amat besar berbanding PRU 12...
BN menang majoriti tapi hanya 133 kerusi berbanding 140 kerusi pada 2008. Dalam TV boleh terkesan raut wajah kelat, runsing n terpana Muhyidin Yasin... PM menggelarkan election tahun ini sebagai chinese tsunami...
Sedih koi... tak reti n tak tau nak kata apa... rakan kongsi yang amat disanjung dan dipuja oleh PAS walaupun berkali-kali ditikam dibelakang, semakin mengorak langkah, PAS termanggu2 dibelakang dengan syok sendiri.. Ketika kaum PAS sanggup solat dengan berlatar belakangkan bendera DAP, ketika kaum PAS sanggup berarak dengan panji PAS dan DAP, kaum DAP tak buat pun macam tu... malahan fatwa dari DAP johor, haram kaum DAP memangkah PAS... sayugia...
Ketika PKR dan PAS mengeluarkan pelbagai fitnah terhadap SPR bagi menjustifikasikan sebab kekalahan mereka, DAP sedang beraya sakan... ketika Karim Raslan di Awani menggelarkannya sebagai kebangkitan golongan yang mahukan fakta dan ketetapan dalam bekerja, bagi koi... ini adalah tanda kaum cina mahu tunjukkan kuasa mereka...
PM, mohon koi, inilah ketikanya untuk bekerja dengan merit... MCA tidak lagi mampu membantu kita, maka kurangkan kerusi bagi menteri dan timbalan menteri untuk mereka... serahkan kerusi ini kepada mereka yang lebih layak (ada ilmu yang sesuai) dan banyak membantu contohnya warga BN di sarawak n sabah... tunjukkan MCA cara untuk berpolitik dan kurangkan polemik dalaman mereka dan permintaan mereka yang 1001 macam untuk BN penuhi...
No comments:
Post a Comment