Pada suatu hari, seorang seketeri (secretary) berjumpa dengan bosnya untuk mendapatkan tandatangan surat..maka,bermula lah babak-babak berikut:
Seketeri : Selamat petang boss...saya nak minta tandatangan bos untuk surat persetujuan pelantikan sub-kontraktor bagi projek kita..
(Boss pun mula membaca surat tersebut sambil menandatangi surat itu)..
Lalu sekreteri pun bertanya sesuatu kepada bosnya..
Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...
Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) Ye ke... tak apa,
nanti saya call rumah... terima kasih...
Si seketeri pun balik ke meja dia semula... dan si Boss
pun call rumah dia tanya isteri dia kat rumah...
Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...
Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana
orang boleh nampak?????
Bini : Okay la... okay la...
Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah berehat...barulah pulak dia perasan yang zip seluar dia rupanya yang terbuka... (dah tu dah jadi perangai dia memang
tak suka pakai underware... ) maka ter'oksigen'lah si 'awang'nya.. mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri dia tu dan pd petang yang sama juga.......
Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW i kat dalam tu?
Seketeri : Takde pulak BMW... yang I nampak cuma ada Mini Cooper dengan dua tayar depannya pancit.. Huhu.
-----------------------------
Ni ado 1 ceghito bonar. Di ceghito an turun temurun.
Koba eh, bolaku di tahun 50an. Lokasi eh di
noghori 9.
Zaman maghin sughau dibuek daghi buluh.
Buluh tu di bolah 2. Dinding eh buluh. Lantai eh
buluh. Tanggo eh buluh. Lantai eh pun buluh.
Atap eh yo ghumbiyo.
Tibo time solat, adollah jomaah tiap2 waktu kek
sughau tu. Dapek la 7,8 oghang jo dongan
soghang imam yg dah tuo dan uzur.Tapi taat jadi
imam.
Nak jadi an cito, satu insiden yg tak pornah
terjadi. Maso tahyat akhir, imam tetibo
monangih. Toesak2. Monitik air mato.
Makmum pun turut sobak jadi eh. Kompom
dapek lailatul qadar nih. Tapi dek lamo eh
monangih, makmum dah mulo polik.
Kok yo pun sobak, dapek lailatul qadar, apo
pasal tak boghi salam dari tadi? Kaki dah
somut2. Tak ghaso apo dah ni.
Dek tak dapek nahan sabar, soghang makmum
bingkeh bangun. Molughu kek pak imam.
"Apo kono eh mam? Lailatul Qadar ko?"
"Lailatul qadar abah kau. Tolo den tosopit kek
colah buluh ni aaa..."
---------------------------
SEBUAH CITER TRAJIS -
KISAH USOP NAIK BAS
Usop, seorg kanak2 yg dihantar oleh neneknya ke stesen bas hentian Putra, utk kembali kpd ibu bapanya yg tinggal di Kelantan.
Setelah bas bergerak tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas.
''Abg, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye'', ''ye'' jawab pemandu bas. Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata '' abg, dah sampai Tanah Merah ke?'',''belum, xpe duduk dulu, nanti abang bagitau''.
Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi, ''abg, dah sampai belum?'',''tak lagi dik''. Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya ''dah sampai ke bang?'', ''belum dik, jauh lagi'' jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya '' sampai tak lagi bang?'',''aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!''. Usop pun kembali semula ke kerusinya. Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.
Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah. Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya. Semua orang merasa kasihan dengan Usop.
Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.
Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.
Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati,'' dik, dah sampai dah Tanah Merah'',
''oh, ye ke? Terima kasih bang'' kemudian Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.
Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,''adik tak nak turun ke?'',''tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak''.
------------------------------------------
BOSS & CUTI
Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;
Mula-mula seorang kerani biasa;
Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!Kemudian, datang pula seorang supervisor;
Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!
Tiba pula giliran Mat Peon;
Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!
No comments:
Post a Comment