SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Saturday, September 17, 2016

KEMBARA HARAMAIN KU. PART 1... KB KE KL

11.12.2015
Perjalanan yg di rancang sejak awal usia perkahwinan, bermula...
Aku merancang, pada usia 40 tahun dapat menjejakkan kaki ke tanah haram untuk umrah.
Pada umur 45, aku menunaikan haji... itu perancangan.
KetentuanNya, 
pada umur 41, aku dan isteri dapat mengerjakan umrah. Alhamdulillah, syukur

11.12.2015...
Perjalanan bermula...
Pukul 7pg, aku, isteri tersayang dan bonda tercinta sudah "tercokoh" di lapangan terbang sultan ismail petra, kubang kerian, kelantan. Menunggu penerbangan 9.15 dgn MAS (MH 1385) untuk ke KLIA...
Wakil syarikat TRAVEL YASKIN telah sedia menunggu jemaah umrah dgn dokumen2 yg d perlukan.
Perasaan...
Uih, Seronok la menggapai impian.
Berdebar...
Ofkos, kerana terpaksa meninggalkan anak2... bagaimanakah mereka nanti 12 hari tanpa ibubapa mereka.
Gusar...
Bagaimanakah ipar ku (abg Jae & kak Cah) dan mertuaku, Ma, menangani sosok perangai cahaya mataku.

Untuk pertama kalinya, kitorang sarapan KFC (kat airport la nih),hahaha...
Tepat pada masanya, rasanya hati lelakiku yg menjadi lembik seperti agar2... sebak meninggalkan kelima lima baby ku terutamanya si Dadam...
Ya Allah... aku mencari redha Mu, permudahkan lah urusan kami ke Tanah Haram dan keluarga ku d Tanah Air...
Flight berlepas pukul 9.15 ke KLIA... bermacam rasa bermain d minda, seronok jg x terkata kerana impian semakin hampir d gapai...
(tak ingat la pulak, ni flight MAS or Flynas...)

10.30 d KLIA, rupanya ramai lg jemaah umrah menunggu, meriah, berasa seperti musim haji la pulak...
Rombongan bergerak bebas dan di minta utk berkumpul pada jam 1 d aras 5 KLIA. Wakil Yaskin d sini yg menunggu kami (jemaah umrah melalui Yaskin) ialah hj Wan Isham... muda tp amat bersopan orangnya...
Keluarga abg Dee juga datang ke KLIA.

Rupanya ramai jemaah umrah d KLIA. Ternampak juga kelibat pendakwah popular yg menguruskan kumpulan yg di wakili mereka.
Pukul 3 kami para jemaah bergerak masuk ke balai berlepas. Penerbangan kami pukul 4.30 menggunakan pesawat sewakhas untuk umrah (pelbagai agensi travel) iaitu Flynas (kod penerbangan XY).
Pukul 9lebih waktu madinah kami sampai d airport madinah. Ketika ini hanya penerbangan kami shj yg ada, urusan imegresen berjalan lancar dan mudah. Rasa bangga juga pertama kali mendengar pegawai berbangsa arab mengucapkan selamat datang dalam bahasa melayu.
Urusan menunggu bagasi yg sedikit lama. Pukul 10 lebih kami (para jemaah Yaskin) bergerak menaiki bas sewa. Aku mengambil kesempatan untuk membeli 2 starter pack MOBILLY bernilai 50riyal daripada penjual yg menjualnya dalam bas kami... Berasa macam terer la bli dalam bas, rupanya kat sekitar masjid Nabawi lagi murah staterpack tu... hahahhah... pengalaman


No comments: