SILALAH CARI, SEMOGA JUMPA

Monday, November 28, 2016

KEMBARA HARAMAIN KU. PART 2... MADINAH, HARI 1

12.12.2015
Slesai airport,
Naik bas ke hotel penginapan...
D madinah, hotel yg di sediakan ialah hotel Dar Al Naem... (mudah nak ingat, nak sama dah dengan kelantan Darul Naim)
Jarak lebih kurang 150m dari pintu 25 masjid Nabawi...
Suasana mmg sejuk...
Pukul 4.30 pg (waktu malaysia, blum set jam time arab) dah bangun x berapa nyenyak tidur kerana tak sabar untuk ke masjid Nabawi yg agung tu... perjalanan subuh ke masjid Nabawi utk pertama kalinya amat menyeronokkan, sayu n sedih, bermacam rasa... impian yg terpendam slama ini, akhirnya tercapai... betapa Ar-rahman dan Ar-rahimnya Mu Ya Allah...
 Syukur dengan nikmat Mu Ya Allah, sebak tak terkata, seronok tak terhingga
 Bonda n wife tersayang, posing di subuh hari
 Inilah dalaman Masjid Nabawi yang teragung itu, 
Ralit mengagumi arkitektual islam

Sepanjang perjalanan ke masjid Nabawi macam melalui pasar malam, pnuh dengan penjaja dan peniaga yg menjual bermacam barang... aku melakukan pembelian kedua di bumi Madinah (yg pertama, starter pack sim phone), kain serban utk membalut tubuh mengurangkan ksejukan... Cayang dan mak blum membeli apa2 lg...
Kaku sekejap bila dapat masuk ke perkarangan masjid Nabawi... terharu.
Kaku lagi bila berada di dalam masjid... terharu, kagum dan bahagia....bercampur baur...
Balik solat subuh, perghhhh, meriah, bermacam barang menunggu untuk d beli...
Sarapan d hotel, makanan malaysia rupanya ingatkan dapat makanan arab... he3...
Pukul 10 (waktu arab), seorang pelajar pattani (utz mat) yg belajar d universiti Madinah jd mutawif/tourist guide jemaah lelaki.. aku berpisah dgn cayang n mak yg ikut rombongan wanita (tourist guide dia wanita indo)...
Kami d bawa mengelilingi masjid Nabawi, melihat cerita yg berkisar d sekitar masjid...
melihat bangunan Saqifat Bani Saedah (tempat baiah/perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama).
Melihat surau Saidina Umar, surau Saidina Ali (namanya surau tepi sebenarnya bangunan2 ini di bina oleh pelbagai kerajaan sebagai tanda penghargaan).
Menurut utz Mat, monumen ini kini d tutup kerana puak Syiah akan melakukan kerosakan terhadap surau Umar (benci nya mereka) manakala surau Ali dah jd mcm satu kewajiban wajib hadir bila ke Madinah...
Kami juga melihat perkuburan Baqi'... tempat dimana ahli keluarga, sahabat Rasullullah di makam kan... menurut utz mat, kebanyakkan tanda/nisan telah d tiada kan kerana puak syiah mengambil kesempatan utk mlepaskan kemarahan mereka kepada sahabat yg mereka tidak suka...
Seterusnya, kami memasuki Masjid Nabawi untuk ke Raudhah...
Percubaan ku untuk memasuki Raudhah (kawasan berkarpet hijau), gagal... terlalu ramai dan bertolak menolak... utz mat mencadangkan aku utk datang pada dinihari, pukul 3, katanya lebih lengang dan aman...
Sepanjang waktu solat, aku, cayang n mak akan berada d masjid... waktu free pulak kami meronda sekitar masjid.
Pengalaman melihat anak2 warga madinah d masjid amat mengesankan... sama sahaja dengan perangai anak2 kita d Malaysia. Nama dah kanak2, maknanya mereka akan bersolat, bermain dan berlari dalam masjid bila tidak mengaji Quran namun tiada la pulak org biasa, AJK atau polis yg akan memarahi.
Dinihari tu, pukul 3... aku bergerak dalam kedinginan malam ke masjid... sejuk. Bersemangat dalam kedinginan, d hati, berdoa tidak henti2 mengharap dapat berada d Raudhah.
Alhamdulillah, d permudahkan, orang ramai tetapi dapat berada d Raudhah utk bersolat sunat... hajat hati nak berlama-lama, almaklum la bukan senang nak datang n masuk sini. Siang td dah gagal. Tengok pulak ada bangsa lain yg siap membaca Quran d sini namun bila berpaling kebalakang ku lihat ramai manusia yg mencari peluang untuk berada d Raudhah. Aku berasa simpati la pulak sbb aku dah rasa. Maka selepas beberapa solat sunat, aku memberikan isyarat kepada seseorang yg tidak pun ku kenali. Bergegas dia masuk seraya memelukku, terharu nya dia, kaget juga aku mulanya... bangga pulak aku dengan diri sendiri... ha3...

No comments: